Life is about CHOICE


Semua orang ada prinsip hidup, kan? Bila disoal tentang prinsip hidup, saya percaya ramai yang memberikan pelbagai jawapan. Jawapan yang mungkin paling tepat untuk menggambarkan siapa kita dan diri kita yang sebenar.

Dan bagi saya, prinsip hidup saya adalah…

Life is about CHOICE, you choose and you LIVE with it. So choose the best, do it and do it WELL!!

Yup, itulah yang saya percaya daripada dulu sehinggalah sekarang. Kehidupan ini sentiasa memerlukan kita membuat pilihan. Kita selalu saja berada di antara dua persimpangan. Dan walau sukar macam mana sekali pun, kita cuma mampu memilih satu. Sama ada yang satu itu benar-benar pilihan yang baik atau pun tidak, hanya DIA sahaja yang boleh menentukannya.

Dan bila kita sudah membuat sesuatu pilihan itu, mahu atau pun tidak…kita perlu hidup dengan pilihan itu, sehingga akhirnya. Kita perlu menerima segala akibat atau impak daripada pilihan yang telah dibuat.

Kerana itulah, kalau boleh…pilihlah yang terbaik untuk diri kita sendiri. Tidak, yang terbaik itu tidak semestinya sesuatu yang sempurna. Tetapi cukuplah jika pilihan itu kita rasakan sebagai paling baik untuk diri kita sendiri, setelah ditimbang segala baik dan buruknya.

Setelah memilih, buatlah yang terbaik! Give your best shot! Berusaha untuk membuktikan bahawa pilihan yang dibuat itu adalah pilihan paling tepat.

Dan kemudian, bertawakkal pada Allah kerana Dia yang akan menentukan segalanya. Cuma yang pasti, apa yang bakal kita peroleh pasti berpadanan dengan usaha kita. Itu…adalah sesuatu yang saya percaya.


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment