Jodoh itu Milik Kita - Bab 15


BAB 15

SEMINGGU telah berlalu sejak kali terakhir Alya bertemu dengan Syafiq. Dalam seminggu itu, tidak sekali pun Syafiq muncul di hadapannya. Namun Alya sedar lelaki itu sentiasa memerhatikannya. Dia dapat merasakan ada mata yang sentiasa menghendap segala gerak-gerinya. Mata yang seakan-akan mahu memberikan amaran padanya bahawa dia tidak lagi keseorangan dan dia tidak lagi boleh membuat sesuatu dengan sewenang-wenangnya.

“You’re just my possession. You’re mine.”

Kata-kata dingin Syafiq terngiang-ngiang di telinganya, menghadirkan rasa gerun dan gentar bersama tiap bait bicara yang dituturkan.

“Apa lagi awak nak daripada saya, Syafiq?” getus Alya penuh emosi. Tubuhnya disandarkan pada bangku yang menampungnya sedari tadi.

Alya memejamkan matanya perlahan-lahan. Sesaat kemudian muncul wajah Syafiq bersama dengan bayangan kenangan antara mereka berdua. Wajah Syafiq yang nampak tulus dan ikhlas, senyuman dan ketawanya yang agak keanak-anakan serta sifat prihatin Syafiq dalam menjaga Alya benar-benar membahagiakan. Namun sayang, kebahagian itu hanya sekadar suatu persinggahan dalam hubungan Alya dan Syafiq.

Kebahagian itu berubah menjadi saat hitam yang hingga kini masih tidak berjaya diusir oleh Alya. Wajah menyinga Syafiq setiap kali lelaki itu marah, renungannya yang tajam seumpama mahu membunuh, senyuman sinis yang dipamerkan setiap kali Syafiq memberinya amaran dengan suara yang lembut dan mendatar itu bagaikan suatu mimpi ngeri dalam hidupnya.

Alya mendengus kasar seraya membuka matanya kembali. Jantungnya terasa berat sekali, seolah-olah bernafas itu adalah sesuatu yang cukup menyukarkan. Matanya pula tiba-tiba terasa pedih.

Alya mengetap bibir, cuba menahan segala emosi yang semakin menghimpit hatinya.

“Kenapa awak mesti muncul lagi?” soal Alya tiba-tiba, lebih kepada dirinya sendiri sambil menggenggam tangan, berusaha sedaya upaya untuk menghalang sepasang matanya daripada mengalirkan air mata.

Sungguh! Alya tidak ingin menangis kerana lelaki itu lagi. Dia sudah terlalu letih bermuram durja kerana seorang lelaki yang sebenarnya langsung tidak pedulikan perasaannya. Dia tidak mahu lagi menjadi lemah kerana lelaki bernama Syafiq itu. Tetapi Alya terpaksa mengakui bahawa Syafiq masih lagi mempunyai efek ke atas dirinya kerana walau sekuat mana Alya cuba menahan dan cuba menghalang, dia akan tetap mengalirkan air mata kerana bekas teman lelakinya itu. Jika tidak, masakan dia boleh menangis di hadapan Syafiq ketika mereka bergaduh. Masakan juga dia boleh menggigil ketakutan tatkala Syafiq memberinya amaran tentang Jarrad.

Bagi Alya, Syafiq bukanlah seorang lelaki yang kasar. Ya, marah-marah memang suatu kebiasaan bagi Syafiq, tetapi lelaki itu tidak pernah sekali pun memukulnya. Satu-satunya saat Syafiq hampir memukulnya adalah pada malam mereka bergaduh besar dek kerana rasa cemburu Syafiq terhadap Alya dan Akhif, sepupunya. Alya sedar seteruk-teruk Syafiq, lelaki itu masih punya pendirian untuk tidak sesekali memukul wanita.

Namun itu tidak bermakna Syafiq bukanlah seorang yang menakutkan kerana bagi Alya, Syafiq tidak memerlukan kekerasan untuk mencengkam Alya dalam genggamannya. Cukuplah dengan wajahnya yang penuh dengan ketenangan yang tegar. Ketenangan yang menunjukkan keyakinan yang cukup tinggi dalam dirinya. Alya sudah faham benar dengan sikap Syafiq yang terlalu suka bermain dengan emosi kerana itulah yang selalu digunakan Syafiq ke atas dirinya. Mendera secara psikologi!

Alya masih ingat betapa susahnya dia mahu meninggalkan Syafiq suatu ketika dulu. Selepas pergaduhan terakhir mereka malam itu, Alya bertindak memutuskan hubungan mereka. Syafiq pula langsung tidak mahu menerima keputusan itu. Dia masih lagi bertindak seperti teman lelaki Alya. Menghubunginya seperti biasa. Mahu bertemu dengannya juga seperti biasa. Keadaan itu benar-benar menyesakkan perasaan Alya sehinggakan pada suatu tahap Alya seperti mahu menghubungi polis untuk menangkap Syafiq.

Akan tetapi Alya sedar tidak ada gunanya dia meminta pertolongan polis kerana langsung tidak ada bukti kekerasan yang dilakukan Syafiq ke atasnya. Jadi mahu mendakwa lelaki itu atas kesalahan apa? Penderaan psikologi? Dapatkan dibuktikan kesalahan sebegitu? Kerana itulah Alya akhirnya membuat keputusan meninggalkan Malaysia. Kebetulan pula dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Wellington.

Kini Syafiq kembali lagi, bersama sikap yang sama. Tidak! Lelaki itu bukan lagi sama. Dia jauh lebih menakutkan berbanding waktu dahulu. Semuanya gara-gara Alya yang menyebut tentang abangnya. Alya sedar dia seperti sudah membuka pintu yang selama ini menyembunyikan ruang paling hitam dalam hati Syafiq. Ruang yang tercipta atas rasa cemburu dan benci Syafiq terhadap abangnya sendiri.

“Ya Allah! Kenapalah aku boleh cakap macam tu hari tu? Kenapalah aku provoke dia macam tu?” Alya menyoal dirinya lagi. Di hatinya terpalit rasa kesal atas kata-katanya tempoh hari. Kerana mahu menyakitkan hati Syafiq, kini dia pula yang harus menerima akibatnya.

Perlahan Alya mengeluh. Dia benar-benar bingung. Syafiq jelas mahu mempermainkan emosinya, menggertaknya secara halus dan jika tidak kerana rasa benci Alya terhadap Syafiq, sudah lama dia menjadi gila. Alya sedar rasa benci itu sebenarnya telah memberikannya kekuatan untuk menghadapi Syafiq.

Sejujurnya Alya mahu membuktikan bahawa dia tidak akan sekali-kali membiarkan Syafiq merosakkan ketenteraman hidupnya. Dia mahu berhadapan dengan lelaki itu dan melenyapkan segala-galanya tentang lelaki itu daripada hidupnya. Namun Alya kehilangan arah dalam mencatu tindakan yang perlu dilakukan untuk melindungi diri dan menghapuskan jejak Syafiq dalam hidupnya. Sungguh! Alya benar-benar tidak tahu apa yang patut dilakukannya.

Kerana itulah Alya mengikut kata Syafiq tanpa kerelaannya. Dek kerana rasa takutnya pada lelaki itu, Alya terpaksa bertindak menjauhkan diri daripada Jarrad, sahabat baiknya yang berbangsa Maori itu. Walaupun Alya tidak mahu berbuat demikian, dia merasakan tidak ada jalan lain lagi yang boleh dilakukannya selain mengikut sahaja kemahuan Syafiq itu.

“Alya.” Tiba-tiba ada suatu suara menegur Alya.

Lamunan Alya tentang Syafiq terus sahaja lenyap. Dia berpaling ke kanan, memandang wajah lelaki yang tiba-tiba berada di sebelahnya.

“Oh, Jarrad!!” jerit Alya dengan nada terkejut. Dia langsung tidak menyedari sejak bila lelaki itu muncul di sebelahnya. Mata Alya terus sahaja melilau melihat kalau-kalau Syafiq ada berhampiran.

Jarrad membetulkan duduknya dan mengangkat beg sandangnya ke atas riba. Tubuhnya disandarkan dengan selesa.

Alya memerhatikan gerak laku Jarrad di sisinya. Dia mengengsotkan badan ke kiri, sedikit menjarakkan diri daripada Jarrad. Alya berkira-kira mahu bangun dan melarikan diri daripada sahabatnya itu.

“Ermm, I…”

“Don’t. Stay there and don’t move.” Seakan-akan dapat mengagak niatnya, laju sahaja Jarrad memotong kata-kata Alya dan menghalangnya daripada bangun.

Alya terdiam. Hanya matanya yang terkelip-kelip memandang wajah Jarrad yang sudah pun memalingkan kepala ke sisi dan membalas pandangan Alya.

Jarrad menatap wajah Alya yang jelas menyimpan rasa yang berat. Sejak seminggu yang lalu dia perasan akan sikap Alya yang seperti cuba menjauhkan diri daripadanya. Setiap kali terserempak dengannya, laju sahaja Alya memalingkan tubuh. SMS yang dihantarnya langsung tidak dibalas oleh Alya. Panggilan telefon juga langsung tidak diangkat oleh gadis itu.

“What’s wrong with you, Alya? Why are you trying to run away from me?” Jarrad menyoal dengan agak tegas.

Terkedu Alya dengan kata-kata Jarrad yang bernada tegas. Dia sedar lelaki itu marahkannya. Nada suara Jarrad sudah cukup untuk menggambarkan rasa amarah itu.

“I…I wasn’t trying to run away from you.” Akhirnya Alya menjawab. Suaranya perlahan dan lemah.

“You walked away from me when you saw me, you didn’t reply my message, you didn’t answer my calls…and yet you were NOT trying to get away from me. Who are you trying to bluff here, Alya?” Keras jawapan Jarrad, sedikit menyindirnya.

Alya tidak menjawab. Dia cuba membalas renungan tajam Jarrad yang jelas menunjukkan kemarahan dalam hati lelaki itu. Sesaat cuma! Alya cepat-cepat menjatuhkan pandangan setelah tidak sanggup lagi bersabung mata dengan Jarrad.

Jarrad memerhatikan wajah dan setiap tingkah laku Alya. Wajah Alya yang muram dan kelihatan sedih perlahan-lahan menyentuh hatinya. Timbul sedikit rasa bersalah dalam hatinya kerana marahkan gadis itu sebentar tadi.

Perlahan Jarrad menarik nafas dalam-dalam, cuba untuk menenangkan hatinya.

“I’m sorry. I didn’t mean to scold you or anything. It’s just that…” Jarrad menghentikan kata-katanya sebentar sebelum menyambung lagi.

“You really were trying to avoid me. Have I done anything wrong to you?” Kali ini lembut pula suara yang lahir daripada mulut Jarrad. Suaranya menggambarkan rasa bimbang dalam hatinya terhadap Alya.

Terdetik rasa bersalah dalam hati Alya tatkala mendengar kata-kata Jarrad. Lelaki itu seperti menyalahkan dirinya sendiri atas sikap Alya. Mungkin Jarrad beranggapan dirinya telah melakukan sesuatu yang membuatkan Alya mahu melarikan diri daripadanya.

Perlahan Alya menggelengkan kepala. Lemah sekali.

“No, it’s not you.” Alya menjawab tanpa memandang wajah Jarrad.

“Then, what’s wrong?” soal Jarrad pula, penuh rasa ambil berat yang mendalam buat sahabatnya.
Alya mengetap bibir. Berjuta perasaan mula menjengah masuk ke dalam hatinya.

“Please…don’t ask,” balas Alya kembali.

Jika diikutkan hatinya, mahu sahaja Alya meluahkan segala-galanya pada Jarrad dan meminta pertolongan lelaki itu. Namun Alya sedar, dia tidak boleh melibatkan Jarrad dalam masalahnya dengan Syafiq. Alya takut akan tindakan Syafiq jika lelaki itu tahu bahawa dia memberitahu Jarrad tentang Syafiq.

Jarrad mengerutkan dahi, tidak berpuas hati dengan tindakan Alya yang seperti mahu merahsiakan sesuatu daripadanya. Di suatu sudut hatinya, Jarrad sedar Alya sedang berperang dengan suatu masalah yang berat.

“How can I NOT ask? You’re my friend. I know you have a problem,” ucap Jarrad lagi. Masih mahu memujuk Alya agar bercerita dengannya.

Melihatkan wajah Alya yang jelas bermasalah, Jarrad terasa mahu meringankan beban itu. Dan jika boleh, dia rela jika masalah itu dialihkan sahaja pada bahunya dan kegembiraan dia pula dihadiahkan pada Alya.

“And you want me to share it with you? No, I don’t think so. I’ve got to go.” Tegas jawapan yang keluar dari mulut Alya. Jantungnya yang terasa berat cuba ditahan-tahan agar lebih kuat dan tidak dicengkam emosi.

Perlahan Alya bangun dari duduknya, cuba meninggalkan Jarrad yang terus-terusan mahu menyoalnya dengan pelbagai soalan. Belum sempat Alya menapak pergi, Jarrad terlebih dahulu bertindak dengan memegang pergelangan tangannya.

“Alya…”

“I said, don’t ask, okay!! Just…don’t!!” Tanpa sedar, Alya mula menempelak Jarrad yang jelas kelihatan bingung dengan perubahan sikap Alya yang mendadak.

Sesaat kemudian Alya mula mengutuk dirinya sendiri. Nampaknya emosi yang cuba ditahan-tahan meledak jua. Wajah terpinga-pinga Jarrad dipandangnya dengan rasa bersalah.

Perlahan Alya menarik nafas. Dia dapat merasakan air mata yang sudah semakin bertakung di tubir matanya.

“I’m sorry. Please, don’t ask me anything.” Penuh emosi Alya memohon maaf. Dia berusaha melepaskan tangannya dari pegangan Jarrad. Namun dapat dirasakan pegangan itu semakin erat dan kuat.

“I can’t let you go like this. You looked terrible, Alya,” ucap Jarrad. Nada suaranya kedengaran serius di hujung telinga Alya.

Mata Alya yang sudah berkaca-kaca ditenung oleh Jarrad. Entah kenapa, hatinya terasa pedih. Melihat gadis itu bersedih seakan memberikan rasa luka yang cukup parah dalam hati Jarrad.

Alya tersenyum sinis. Terrible? Kalau sesiapa pun berada di tempatnya, pasti mereka juga akan menjadi sepertinya, berada dalam keadaan teruk!

“Terrible? If you were in my shoes, you will feel the same, Jarrad,” balas Alya kembali.

Nafas Alya tersekat-sekat dalam usahanya untuk menahan emosi dan menghalang air matanya daripada menitis. Namun dia gagal jua akhirnya! Setitis air matanya mengalir di pipi. Cepat-cepat Alya menyeka air mata itu dengan hujung jarinya.

Jarrad sedikit tergamam melihat Alya yang sudah pun menangis. Timbul rasa bersalah dalam dirinya kerana menyebabkan gadis itu menangis. Tetapi Jarrad sedar hanya kali ini sahaja peluang dia untuk berdepan dengan Alya dan memintanya meluahkan apa yang telah berlaku. Ya, Jarrad akui mungkin dia tidak patut memaksa Alya begitu tapi dia sudah kehilangan idea mahu berbuat apa untuk membolehkan Alya menjadi lebih terbuka kepadanya. Sungguh Jarrad tidak mahu meninggalkan Alya sendirian.

“How can I be in your shoes when you didn’t even tell me one single thing, Alya?” Lembut suara Jarrad menuturkan kata-kata.

Alya mengetap bibir, agak geram dengan sikap Jarrad yang tidak habis-habis cuba memaksanya untuk berkongsi masalah dengannya.

“Alya, you need to tell me. Who knows, I might be able to help you,” pujuk Jarrad lagi. Dia tahu Alya semakin hilang sabar dengan desakannya, namun dia sudah tidak peduli lagi. Yang penting baginya kini adalah membantu Alya tidak kira sama ada Alya suka atau tidak, mahu atau tidak.

“Can you stop it? Stop asking me to tell you anything!!” Alya seperti tidak mengawal perasaannya lagi. Dia sedikit menjerit bersama air matanya semakin lama semakin galak gugur.

“How can I stop when I see you like this? You’re crying like this, you’re in pain like this. No!! I can’t stop!!” Kali ini Jarrad pula yang meninggikan suara. Dadanya berombak laju. Matanya dicerlung ke arah Alya. Merenung gadis itu dengan tajam.

Alya terdiam. Air matanya yang mengalir laju tidak diendahkan sebaliknya dia cuba memandang wajah Jarrad yang jelas kelihatan geram atas kedegilannya. Alya tahu Jarrad tidak berniat meninggikan suara terhadapnya begitu. Alya sedar akan niat Jarrad yang mahu membantu namun bagaimana harus dia melibatkan Jarrad dalam hal dia dan Syafiq sedangkan dia tahu Syafiq tidak akan mudah sahaja membiarkan Jarrad menjadi penghalang antaranya dan Alya. Sungguh Alya tidak rela membiarkan Jarrad terluka kerana dirinya.

“No, Jarrad. You need to stop. You MUST stop. Before…before..he…” Tersekat-sekat suara Alya yang dituturkannya bersama esakan yang cuba ditahan-tahan.

“He? You mean…. the guy from the other day?” Jarrad menyampuk sebelum sempat Alya menghabiskan kata-katanya.

Alya sedikit terpempan. Barulah dia menyedari bahawa dia baru sahaja terlepas cakap.

“It’s him, right?” soal Jarrad lagi. Masih lagi mendesak.

Alya tidak terus menjawab. Dengan lemah dia kembali duduk ke atas bangku dan memalingkan wajah pada Jarrad, memandang lelaki itu dengan rasa hiba dalam hati. Air mata yang mengalir di kedua pipinya disapu perlahan.

“Alya…”

Melihat keadaan Alya begitu, terdetik rasa ingin memeluk gadis itu dalam hati Jarrad. Dia ingin menenangkan Alya, memberikan rasa selamat padanya dan juga melindungi Alya. Namun Jarrad sedar dia tidak boleh berbuat demikian. Walaupun dia bukanlah seorang yang beragama Islam, Jarrad tahu sedikit sebanyak tentang agama itu. Dan juga dia cukup mengenali Alya yang benar-benar mempraktikkan ajaran Islam. Untuk itu, Jarrad harus menghormati Alya.

“I can’t tell you. Or else….he..he might hurt you.” Akhirnya Alya bersuara, mengatakan apa yang ada dalam hatinya. Sungguh! Alya terlalu risaukan Jarrad. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada Jarrad disebabkan dirinya.

“Let him be!!” Jarrad membentak. Lantang.

Tersentak Alya dnegan reaksi Jarrad yang keras.

“It’s not that easy to hurt me, Alya. I’m not weak, you know,” sambung Jarrad lagi. Suaranya sudah semakin mengendur. Tidak lagi kasar seperti tadi. Tetapi penuh dengan ketegasan.

“But…” balas Alya, masih cuba membantah.

“No but,” sampuk Jarrad. Dia mengeluh perlahan, agak geram dengan kedegilan Alya.

“Listen here, Alya. I know you don’t want anything happen to me. But the more you’re like this, the more I’m worry about you. So please, why don’t you just tell me? And then we can try to figure out something. We’ll fight together.” Jarrad memujuk lagi.

Alya diam tidak berkutik. Matanya memandang sepasang mata hazel milik Jarrad. Dia dapat melihat keikhlasan dan ketulusan dalam kedua mata itu.

‘Kenapa awak terlalu baik, Jarrad? Saya tak nak awak terluka kerana saya,’ bisik hati Alya, penuh emosi.
Jarrad memerhatikan Alya yang jelas masih teragak-agak.

“Alya, you’re not alone. You don’t have to face this all by yourself.” Langsung tidak ada tanda-tanda untuk Jarrad berputus asa dalam memujuk sahabatnya itu.

Alya mengetap bibir dan kemudiannya melepaskan keluhan yang berat.

“What should I do?” Akhirnya keluar juga suara daripada mulut Alya. Nada suaranya cukup lemah.
Alya sedar sudah tidak ada maknanya dia cuba merahsiakan segala-galanya daripada Jarrad kerana kini lelaki itu sudah dapat meneka apa yang telah menjadikan Alya begitu. Juga kerana Alya tahu, selagi dia tidak membuka mulut, selagi itulah Jarrad akan terus-terusan menyoal.

“It’s all coming back to me, Jarrad. Just like the old times when we were together.” Tanpa menunggu jawapan daripada Jarrad, Alya menyambung lagi.

Kemudian Alya menggelengkan kepalanya pula.

“No, no. It’s not the same. It’s worst, now. A lot worst,” sambungnya lagi bersama air mata yang galak bercucuran.

Jarrad terdiam, hanya matanya yang memerhati dengan rasa simpati yang menggunung dalam hatinya.

“What should I do, Jarrad?? This whole nightmare is coming back to me. Why did he come back? Why???? What does he want from me???” teriak Alya penuh emosi.

Tanpa sedar, laju sahaja Jarrad menarik Alya ke dalam pelukannya. Dia seakan tidak dapat mengawal lagi perasaannya padahal Jarrad sentiasa mahu menghormati Alya sebagai seorang yang beragama Islam.

Alya tergamam. Namun tidak pula dia menolak tubuh Jarrad. Sebaliknya dia hanya membiarkan sahaja tangan lelaki itu yang terletak elok di atas bahunya, menepuk seakan-akan memujuk anak kecil. Alya menangis semahu-mahunya pada bahu Jarrad.

“Alya…”

Mata Alya sedikit membulat tatkala terdengar suara Jarrad yang dekat benar di telinganya. Barulah dia tersedar bahawa dia kini berada dalam pelukan lelaki itu. Automatik dia menolak tubuh Jarrad dan menjarakkan diri daripada lelaki itu. Air matanya diseka beberapa kali, berusaha menghilangkan manik-manik jernih itu.

“I’m sorry.” Penuh rasa bersalah Jarrad bersuara.

Alya tidak menjawab. Dia menarik nafas dalam-dalam dan menyandarkan tubuh. Pandangannya dihalakan ke hadapan. Kosong tanpa rasa.

“You know, I used to love him so much. He’s the first man that I’ve ever loved. And I thought that he loved me too. But then…..”

Alya menelan air liur sebelum menyambung lagi.

“Things started to change. I realized that he didn’t even love me. For him, I was no more than his possession. His property. I had to listen to him and let him controlled me.”

“What really happened, Alya?” Akhirnya Jarrad bersuara.

Alya memejamkan matanya perlahan-lahan.

“For three years, Jarrad…for three years, I tried to put up with him. I was hoping that he could change, that he could finally love me for real. But I was just stupid. He…being him could never change. The hatred in his heart is just too much.” Alya menjawab seraya membuka matanya kembali.

Akhirnya Alya mula menceritakan segala-galanya kepada Jarrad. Betapa dia mencintai Syafiq, betapa dia mengharapkan lelaki itu dan betapa terseksanya dia hidup dalam cengkaman Syafiq hanya kerana lelaki itu bencikan abangnya sendiri. Semuanya Alya luahkan kepada Jarrad. Sekali-sekala Alya terpaksa menghentikan kata-kata tatkala emosinya terlalu menghimpit diri dan menyebabkan suara Alya seakan-akan tersekat di hujung kerongkong.

“Maybe it’s my fault. I shouldn’t have provoked him like that. I shouldn’t have said anything about his brother,” ucap Alya mengakhiri ceritanya.

Berkerut dahi Jarrad, jelas tidak bersetuju dengan tutur kata Alya.

“It’s not your fault, Alya. You did nothing wrong.”

Alya menoleh ke arah Jarrad yang sedari tadi mendengar ceritanya dengan penuh khusyuk.

“But if I didn’t provoke him, maybe he….”

“He will stop bothering you? Do you really think so?”

Soalan sinis Jarrad membuatkan Alya terdiam.

“Alya, he came all the way from Malaysia to look for you, to get you back…and do you actually think that he will stop? No, he’s not!” Tegas suara Jarrad menyatakan pendapatnya.

Alya tidak menjawab. Dalam hati, dia mengakui kata-kata Jarrad itu. Agak mustahil untuk Syafiq melepaskannya, lebih-lebih lagi setelah lelaki itu menunjukkan keazamannya untuk mendapatkan Alya kembali.

“Then what should I do? I want to fight him but I don’t know how. I just….don’t know…” balas Alya kembali.

Jarrad menatap wajah Alya yang kelihatan cukup lemah. Mata gadis itu yang selama ini bersinar indah seakan hilang serinya. Yang tinggal kini hanyalah sepasang mata yang penuh dengan sisa air mata. Dan semuanya kerana seorang lelaki yang bernama Syafiq.

Di luar sedar, Jarrad mendengus kasar. Dapat dia merasakan rasa marah dalam dirinya terhadap lelaki itu. Baginya Syafiq harus diajar!

“Leave it to me. I’ll find a way,” jawab Jarrad penuh keyakinan.

Berkerut dahi Alya, terasa sedikit bimbang dengan jawapan Jarrad itu. Dia tidak mahu lelaki itu melakukan sesuatu yang bodoh.

“What? Please, don’t do anything stupid,” balas Alya kembali.

Jarrad tersenyum. Kerisauan yang ditunjukkan Alya terhadap dirinya menyebabkan dia berasa sedikit terharu.

“Hey, don’t worry. I won’t,” jawab Jarrad sambil melemparkan senyuman manis buat gadis di sebelahnya itu, seakan mahu memberikan kepastian kepadanya bahawa dia tidak akan melakukan perkara bodoh.

Dalam hati, Jarrad berharap dia betul-betul tidak akan mengambil tindakan bodoh yang akan menyusahkannya dan Alya. Mengenali dirinya sendiri, Jarrad sedar kadang kala dia akan bertindak kerana barannya, dan bukan atas pemikiran yang rasional.

“Jarrad, thanks.” Alya mengucapkan rasa terima kasihnya terhadap sahabat baiknya itu.

“Thanks me later, dear. After we get rid of him,” jawab Jarrad serius. Senyuman yang tadi diukirkan buat Alya lenyap entah ke mana.

Alya terkedu.

‘Get….get rid? Apa yang Jarrad mahu lakukan pada Syafiq?’ getus hati Alya.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment