Filem Ombak Rindu?? Tak terkata!!!

Ok, last weekend memang saya gunakan untuk tonton filem2 Melayu yang ada dalam laptop tu. Mula2 tengok Misteri Jalan Lama (akan di'review' dalam next entry). Dan tadi baru saja tonton filem pecah panggung kita. Apalagi kalau bukan Ombak Rindu....

Dan konklusi saya? 

Hmmm....memang tak terkata!!

Oh, no..no...no!!! Bukan sebab Hariz tu nampak hensem ke, atau kesian dengan Izzah, atau betapa menyampahnya dengan Mila dan mak Hariz...

Tetapi....

Sebab apa yang saya nampak dalam filem tu adalah betapa seorang wanita diperkotak-katikkan oleh seorang lelaki, betapa maruah dan harga diri seorang perempuan diletakkan di bawah tapak kaki seorang lelaki dan betapa bodohnya seorang perempuan yang hanya membiarkan semua tu berlaku pada dia dengan alasan kononnya menerima takdir.

Sejujurnya, saya suka novel Ombak Rindu. Tetapi saya tak boleh membuat diri saya suka akan filemnya. Mungkin sebab dalam novel, kita tak nampak sangat apa yang digambarkan tetapi dalam filem, bila nampak semua tu depan mata....apa yang masuk dalam fikiran saya adalah tentang kesadisan seorang lelaki dan kebodohan seorang perempuan. Tambahan pula, filem Ombak Rindu tidak betul-betul mengikut jalan cerita asal novelnya.

 Saya minta maaf, tetapi memang itu yang saya rasa bila tonton filem tu. Saya tak boleh nampak kehebatan cinta Hariz pada Izzah atau kehebatan cinta Izzah pada Hariz. 

Mungkin ada yang tidak puas hati dengan pendapat saya ni. Tetapi ini hanyalah pendapat peribadi semata-mata. Tidak ada maksud apa-apa, ya!


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

12 comments:

  1. Kak Long setuju..Somehow, cerita tu menggambarkan kebodohan seorang wanita dan kedangkalan seorang lelaki serta orang sekeliling dalam ilmu agama.Filem tidak sepatutnya dijadikan medium untuk menunjukkan betapa singkatnya pemikiran kita terutamanya dalam soal maruah.Lelaki sepatutnya menjadi pelindung bukannya pemusnah yang dianggap sebagai penyelamat.

    ReplyDelete
  2. salam....kak sara....saya pon sokong kak sara sal filem neh....sbb tu biler ade kgkwn saya yg tgok filem neh smpai nanges2 sy rasa sgt menyampah...kdg2 rase cm nk tgk ape yg best sgt tp pstu tros xjd sbb tkot ag sket aty...hehehehhe....pape pon ta sabar tggu novel kak sara kuar....=D

    ReplyDelete
  3. @aishairissa: soooo true!! mmg x prnh terifkir g dat gurl blh plak fikir yg haiz tu adalh penyelamat dia...huhu

    ReplyDelete
  4. @adeqkewchiq: itular, bila kak sara tgk...mmg terpikir hbs part mn yg touching sgt smpi nk kn nangis2? takkan sbb AA nangis je kot?? serius, mmg xleh terima...huhu
    btw, thx sbb sokong JIMK..hehe

    ReplyDelete
  5. yeah...sama pendapat dengan akak, Sara. Adalah sesuatu yang merisaukan bila 'penonton' kita enjoy melihat filem/drama tentang wanita di dera secara fizikal, mental dan sexual ni.

    ReplyDelete
  6. @kak farah: btl tu, akak...mmg merisaukan bila ad yg enjoy tgk scene2 yg bg sy sgt disturbing. mgkin itu semua lakonan je, tp ttp akn bg impak pd masyarakat kita yg mmg dh pn di thp merunsingkan ni.

    ReplyDelete
  7. ta saba nk bace novel JIMK...nk bce on9 kt blog kak sara neh tp xlarat...mate xtahan nk ngadap lptop lelame..huhuhuhu...bce dr nvel real tros ag puas aty n leh tmbh koleksi...=D

    ReplyDelete
  8. @adeq kewchiq: mmg mencabar rsnye klu nk bce novel kt laptop, cm nk tercabut biji mata..haha!! tp xpe, nanti beli ek JIMK kak sara..(terpromote lar plak)..hehe

    ReplyDelete
  9. hahahahah...btol3x.....insyaalah sy akn bli....cerpen akk pn best....xnk smbung jdkn novel ke???=D

    ReplyDelete
  10. @adeq kewchiq: cerpen yg mn tu, dear? Babysitter ke? Or Kisah aku dan dia? Yg dua tu agk ramai mintak jadikan novel. Kak Sara ada terfikir nk buat novel, tp buat ms skrg kt tunggu dulu. Sbb ada manuskrip lain yang kak sara tgh plan...=)

    ReplyDelete
  11. salam..sara..tahniah atas keluaran JIMK..cerita yg terbaeekk!!..psl movie ombak rindu tu..setuju gak..sbb xsama jln citer ngan novel..kaknozie sdri xtgk movie tu..bila kwn2 citer kata xphm bila ms harriz jth cinta ngan izzah..derang xbaca novel..nak xplain..adoiyai..movie mmg xbest..nie tgh polo citer BICARA HATI lak..mcmner la agknya..

    ReplyDelete
  12. @nozie rosli: a'ah, ntah bila hariz jth cinta kt izzah, kan?? hehe..
    skrg sy pn tgh follow bicara hati, so far..ok lg..=)

    nyway, thax sbb sokong JIMK..=)

    ReplyDelete