Sekeping surat cinta Sara Aisha buat Aarilia

Alhamdulillah, tanggal 05/12/2011 grup Jodoh itu Milik Kita - Aarilia telah dicipta. Grup ini dikhaskan buat Aarilia, ‘nick name’ yang saya bagi untuk semua peminat JIMK. Dan untuk semua Aarilia, ketahuilah saya sangat menghargai kehadiran anda semua dalam kehidupan saya, sebagai seorang novelis wannabe.

Sejujurnya saya tidak pernah menduga akan mencipta grup untuk novel saya sendiri, sepertimana saya sendiri tidak pernah menyangka akan berjaya menyiapkan sebuah novel. Ya, saya memang suka menulis dan selalu juga berangan untuk menghasilkan novel. Tetapi selalu saja saya menulis sampai sekerat jalan je. Bila tak ada idea, atau mood…hasil karangan itu akan berkubur macam tu saja.

Tetapi untuk JIMK, perasaannya lain. Saya betul-betul merasakan saya perlu siapkan JIMK sehingga akhirnya menjadi sebuah novel. Dan kerana apa? Sebab anda semua! Ya, kerana kehadiran semua orang yang kini saya gelar sebagai ‘Aarilia.’ Ramai di antara Aarilia di sini telah mengikuti kisah JIMK dari awal lagi, sejak bab 1 di P2U, sejak hari pertama Aariz Danial muncul dalam hidup Dahlia dan sejak Dahlia tiba-tiba saja sah menjadi isteri kepada Aariz Danial. Dan mereka telah sama-sama merasai hati dan perasaan kedua watak yang sangat saya sayang ini.

Setiap kali saya baca komen daripada anda semua yang tidak henti-henti bagi semangat, saya dapat rasakan kekuatan yang semua orang salurkan kepada saya. Saya jadi lebih bersemangat, mahu lebih berusaha untuk menyiapkan JIMK hingga ke perkataan TAMAT.

Untuk itu, saya dengan rendah diri, dengan penuh rasa penghargaan ingin mengucapkan terima kasih sangat-sangat pada semua. Tanpa anda semua tiadalah Sara Aisha dan akan berkubur jugalah kisah cinta tulus Aariz Danial buat Dahlia dalam Jodoh itu Milik Kita, sepertimana hasil nukilan saya yang lama-lama dulu. Terima kasih semua!!!

Jadi sekarang kita sama-sama doakan JIMK akan cepat menemui semua, ya! Mengikut kata pihak penerbit, dalam masa terdekat ni….tapi, selagi saya belum dapat ‘the exact date’, saya tak berani nak war-warkan pada semua. Sebab saya tak nak bagi harapan terlampau tinggi pada Aarilia yang sangat saya sayang ni (walaupun saya sendiri tengah berharap). Apa-apa pun, buat masa sekarang…kita sama-samalah menjalin hubungan yang erat dalam keluarga JIMK ni. Jom saling mengenali dan menyokong antara satu sama lain.

Akhir kata, saya sangat sayangkan semua orang di sini!! Takkan ada JIMK tanpa Aarilia dan takkan ada Sara Aisha tanpa anda semua….mmmmuahhhhh!!! Hehe…=)

p/s: bila baca balik surat cinta ni, rasa macam cheesy je…tapi nak wat cm ne, saya ni mmg romantic at heart…haha!!!

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. x sabar tunggu novel ni kuar d pasaran

    ReplyDelete