December 21, 2011

Jodoh itu Milik Kita - Teaser bab 33

‎~Sedutan bab 33~

Berkerut dahi Dahlia, hairan kerana Aariz tidak mahu makan ubat yang diberikan oleh doktor. Tetapi tetap juga dia melangkah ke arah laci yang dimaksudkan dan mengeluarkan sebotol ubat sapu. Kemudian dia kembali mengambil tempat duduk di sebelah Aariz.

“Nah,” ujar Dahlia pendek sambil menghulurkan ubat tersebut ke arah suaminya namun Aariz tidak menyambut. Sebaliknya lelaki itu hanya terkulat-kulat memandangnya.

“Awak tolong sapu, boleh?”

Membuntang mata Dahlia.

“Hah??”

“Tolong sapu, boleh? Ala, bolehlah…”

Pipi Dahlia mula terasa panas.

“Huh, tak ada maknanya saya nak sapu untuk awak. Sapulah sendiri.” Dahlia cepat-cepat membantah, agak keras. Gila! Tak mahulah dia menyapu ubat itu di perut Aariz.

“Tak bolehlah, Lia. Cuba awak tengok ni? Tangan saya ni lemah je…” ujar Aariz sambil mengangkat tangannya yang sengaja dilembikkan.

Dahlia mencebik dan pantas menampar tangan itu. Geram juga dia dengan sikap Aariz yang enak-enak sahaja mahu mengambil kesempatan.

“Aduh! Sanggup awak, Lia?” usik Aariz lagi.

“Memang sanggup pun. Hadiah untuk orang yang mengada-ngada,” balas Dahlia kembali dengan selamba.

“Yalah, yalah. Kesian kat kita, dahlah sakit perut. Pastu kena tampar lagi…” Dengan nada merajuk yang sengaja diada-adakan Aariz menjawab.

Dahlia menayangkan muka selamba, tidak ada perasaan. Malas dia mahu melayan karenah suaminya. Hatinya juga sudah mula diulit rasa pelik. Semalam bukan main lagi Aariz marah-marah, tetapi kini sikap suaminya seakan bertukar 360 darjah. Manja tiba-tiba!

“Oh, sakitnya…sakitnya…” Aariz merengek lagi sambil matanya dijeling ke arah Dahlia, mahu melihat reaksi gadis itu.

Dahlia mengecilkan mata, mencerlung ke arah suaminya dan mengetap bibir. Geram!

‘Isy, Aariz ni kan! Memang menguji kesabaran betul!’ bentak Dahlia dalam hati, sangat tidak berpuas hati dengan perangai mengada-ngada suaminya itu.

“Yalah, yalah. Saya tolong sapu.” Akhirnya Dahlia mengalah dengan wajah yang masam lagi cemberut.

Aariz cuba menahan tawa melihatkan wajah isterinya yang mengalahkan orang sembelit. Geli hatinya dengan wajah itu.

“Okey, mana nak sapu?” soal Dahlia sambil meletakkan sedikit minyak sapu ke atas telapak tangannya.

“Kejap,” balas Aariz kembali seraya mula membuka butang baju kemejanya satu persatu. Perlahan dan penuh menggoda. Matanya dikerling ke arah isterinya.

Terbeliak mata Dahlia dengan tindakan bersahaja suaminya.

“A…awak..kenapa?” Tergagap-gagap suara Dahlia.

“Buka bajulah. Takkan awak nak sapu ubat atas baju saya kot,” jawab Aariz sambil menayangkan muka selambanya.

10 comments:

  1. Woww.....wink....wink....Buku ni dah ada kat pasaran x?......

    ReplyDelete
  2. manjanya Aariz. hehehe... mmg change 360 degree, if best friend dia tgk mesti tguling2x gelak tak ingt dunia. ahaks.... xsabar nk dptkan full story. ;D

    ReplyDelete
  3. alaa.baru tengah bestt baca.ishhhh saje je kak sara nii.best ni dengan aariz..waaaa geramnyaaaa

    ReplyDelete
  4. @syira destroyer: hahaha!!! =)

    ReplyDelete
  5. @atty ismail: wink...wink...haha!!! novel ni kuar tgh bln 1 ni. lg few days je...=)

    ReplyDelete
  6. @ivoryginger: betul2, klu joshua tgk, mmg teruk Aariz kn gelak ni...hehe...=)

    ReplyDelete
  7. @kinderbueno: hahaha!!! saje tease awk!! =)

    ReplyDelete