Jodoh itu Milik Kita - Teaser bab 27

-Teaser Bab 27-

Jadi Dahlia dan Aariz terpaksa berkahwin demi maruah keluarga. Ah, persetankan semua itu! Dia tidak peduli! Yang penting baginya kini adalah Aariz. Ya, Aariz tidak boleh bahagia dengan Dahlia.

“Tak sangka kan, awak rupanya macam ni…” Mendatar suara Syafiq bersama senyuman sinis yang menghiasi bibir.

“Apa maksud awak?” Dengan suara yang juga dingin, Dahlia membalas. Matanya tajam merenung lelaki itu.

“Kalau tak dapat adik, abang pun jadilah, kan?”

Tersentap hati Dahlia dengan jawapan Syafiq yang berbaur sindiran. Langsung tidak ada secalit pun rasa bersalah dalam nada suara itu. Malah, yang ada cuma kecaman kasar yang menusuk hati Dahlia.

“Tolong jaga sikit mulut tu! Awak jangan nak salahkan saya pula atas apa yang dah jadi.” Penuh kegeraman Dahlia menjawab.

Syafiq diam tanpa suara. Hanya wajahnya yang masih menayangkan senyuman sinis, menambahkan lagi rasa berang dalam diri Dahlia.

“You left me on our wedding day….”

“Not for you to marry my own brother.” Syafiq menyampuk kasar.

Meletus ketawa menyindir dari mulut Dahlia sebelum dia menjawab kembali.

“So what do you expect from me? Diam macam orang bodoh, biarkan keluarga kita malu, macam tu?”

‘Itu lebih baik daripada Aariz jadi bahagia!’ Syafiq menyambung dalam hati, namun tidak diutarakan pula. Dia tidak mahu menunjukkan agendanya pada Dahlia, tidak mahu gadis itu mengesyaki sesuatu.

“Lagi satu, awak sendiri pun terima pertunangan kita dulu sebab umi, kan? Antara kita ni tak ada langsung apa-apa perasaan. So awak sepatutnya happy sebab awak tak payah kahwin dengan saya. That’s what you want, Syafiq!”

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. oh.. bestnya~ nak tau gak apsal si syafiq tu tinggalkan dahlia on their wedding day..

    ReplyDelete
  2. @fasha: jeng3...kn find out dlm novel nanti...hehe

    ReplyDelete