Jodoh itu Milik Kita - Bila Aariz Danial cemburu

-Teaser bab 31-

Jelas di mata Dahlia, suaminya yang sedang duduk di atas sofa sambil menundukkan kepala dengan kedua tangannya memegang kepala itu. Serta-merta hatinya diserbu kerisauan.

“Awak okey ke? Sakit kepala?”

Soalan Dahlia tidak dihiraukan oleh Aariz. Dia masih lagi seperti tadi, hanya tunduk tanpa kata. Dadanya berombak laju.

“Aariz…”

Aariz tetap senyap tanpa sebarang reaksi.

“Aariz…” Sekali lagi Dahlia memanggil. Kerisauan dalam dirinya semakin menjadi-jadi. Tidak pernah dia melihat suaminya begini.

Lambat-lambat Aariz mendongakkan kepala. Saat itu juga Dahlia tersentak. Wajah suaminya kelihatan berlainan. Mata Aariz merenungnya dengan pandangan yang dirasakan seperti mampu membunuh. Terlalu tajam!

Dahlia menelan air liurnya yang tiba-tiba terasa kelat.

“A…awak…ke..kenapa?” Takut-takut Dahlia menyoal.

Secara mendadak Aariz bangun dari sofa dan merapati isterinya. Dahlia yang melihat mula berundur ke belakang. Agak panik dengan tingkah laku Aariz yang mencurigakan.

“Aa..Aariz…ke…kenapa ni?”

Aariz tidak menjawab. Sebaliknya dia menghampiri Dahlia semakin dekat dan semakin dekat sehingga akhirnya Dahlia berdiri betul-betul di dinding. Tiada ruang untuk lari lagi. Wajah takut-takut Dahlia direnung dalam-dalam. Juga tajam!

“Kenapa awak tak cakap awak jumpa dia?”

Sekali lagi Dahlia tersentak. Suara dingin Aariz yang mendatar begitu benar-benar menakutkannya.

“Sa…sape?” Tergagap-gagap Dahlia menyoal kembali.

“Syafiq.”

Tersirap darah Dahlia. Jadi Aariz berkelakuan pelik begitu kerana Syafiq?

“Sebab tak penting pun untuk saya bagitahu awak.” Tenang jawapan Dahlia. Baginya, untuk apa memberitahu Aariz tentang pertemuan yang hanya akan menyakitkan hati lelaki itu. Mana mungkin dia berterus terang pada Aariz dan mengatakan bahawa Syafiq memberitahu dia bahawa di sebalik siapa suaminya, tersembunyi suatu rahsia.

Aariz mencebik.

“Tak penting atau awak memang tak nak saya tahu?”

Tersentap hati Dahlia dengan soalan Aariz yang berbaur tuduhan. Dia merenung wajah Aariz dengan tajam. Geram dengan tuduhan suaminya itu.

“Apa maksud awak?” Dengan nada suara yang agak bergetar, Dahlia menyoal kembali.

Soalan Dahlia yang seakan tidak tahu apa-apa menambahkan lagi rasa berang dalam hati Aariz. Dia mendengus kasar.

“Huh, awak jangan pura-pura tak fahamlah, Lia. Awak memang sengaja nak rahsiakan yang awak jumpa dia, kan?” tuduh Aariz lagi.

Dahlia mengetap bibir. Tuduhan Aariz tadi benar-benar membuatkan hatinya menggelegak.

“Awak ni kenapa? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba je nak tuduh saya macam ni? What’s wrong with you??” Sambil cuba menahan dirinya daripada meninggikan suara, Dahlia menjawab kembali. Tangannya pantas menolak tubuh tegap Aariz yang berdiri di hadapannya lantas menapak ke tengah ruang tamu.

Aariz berpaling dan menarik Dahlia agar berhadapan dengannya.

“What’s wrong with me? Awak tu yang pergi jumpa bekas tunang awak tu kat belakang saya. Okey, tell me…dah berapa kali korang berdua jumpa? Hah?”

Dahlia tidak terus menjawab. Hanya matanya yang mencerlung tajam ke arah Aariz. Hatinya benar-benar panas dengan tuduhan suaminya yang langsung tidak berasas.

“Dia yang datang jumpa saya, okey! And we had a fight!” Akhirnya Dahlia membalas.

“Had a fight? Ya ke? Or catching up the good old times? Memori indah dulu,” sindir Aariz dengan tajam.

“Huh, maybe depan saya….awak tunjuk marah, meluat pada dia, tapi belakang saya, korang…”

“Korang apa, huh? Korang apa?” sambuk Dahlia dengan berani sebelum Aariz menghabiskan kata-katanya.

“Bercinta! Sambung balik hubungan korang yang terputus tu!”

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

8 comments:

  1. woaaaa...teruja nk meminang novel ni...manyak jht i2 syafiq rs nk sekeh laju2...

    ReplyDelete
  2. I had watery eyes reading this extract. Such a sappy person I am.

    Is there any way I could pre-order your book? Or can I order a signed copy from you? ;-)

    ReplyDelete
  3. @sweetstalker: hehe, lps keluar nanti, masuk meminang ek...=)

    syafiq? huh, bkn setakat sekeh, mmeg nk kn cubit..haha!!

    ReplyDelete
  4. @msmitchie: oh, don't worry...u're not d first to have watery eyes...hehe

    i will try to see what i can do, maybe you can order from me, but i need to confirm with d publisher first.

    honestly i would also like you to have one with my signature..=)

    ReplyDelete
  5. syafiq nk kacau rmhtangga hariz dgn dahlia lah ni???klu btol..syafiq tu mmg patot kne sekeh,bkn sekeh aje tendang tros...kiki

    ReplyDelete
  6. betul2 blue apple...tendang trosss...ala kak sara nak gak oder buku dari akk siap nak ada sign ag taw then tulis cam ni

    "to kinder bueno bla bla blaa...from kak sara" nak cam tu taw..hihihi apa2 email saya taw farena_fazlena@yahoo.com.look forward to buy ths book.

    ReplyDelete
  7. @blueapple: haha, awk nk tendang dia??? ok, sy izinkan...silakan...hehe

    ReplyDelete
  8. @kinder bueno: blh2 je sayang...siap ngn dedication pnjg2 tu...hehe

    thx, tau...sokong kak sara selama ni...

    ReplyDelete