Antara pembaca dan penulis

Siapa pembaca dan siapa penulis?

Soalan yang kedengaran seperti sangat mudah, bukan? Yalah, pembaca adalah orang yang baca sesebuah buku dan penulis adalah orang yang menulis sesebuah buku itu. Yup, jawapan yang sangat ringkas dan tepat.

Tetapi....

Bagi saya, pembaca adalah orang yang boleh menaikkan dan menjatuhkan seorang penulis. Dan seorang penulis yang benar-benar penulis pula adalah orang yang berjaya menyentuh hati si pembaca dengan hasil nukilannya.

"Takkan tegak berdiri seorang penulis tanpa si pembaca."

Ya, itulah kuasa pembaca. Hanya dengan sepatah kata, sebaris komen....mereka mampu untuk menyuntik semangat atau pun...melenyapkan terus semangat itu! Saya tak pasti sama ada pembaca sedar ini, tetapi setiap patah kata yang keluar dari mulut anda, ada kuasanya yang tersendiri. Dan sebagai seorang penulis (dalam proses...hehe), saya berharap apa yang anda tujukan buat saya adalah doa, dan kata-kata semangat. Jika ada pun komen, harapan saya...komenlah dengan cara berhemah dan membina, supaya dapat saya terima dengan tenang dan setulusnya.

"Takkan tegak berdiri seorang pembaca tanpa penulis."

Huh?? Memang tak betul statement kat atas ni! Maksud saya, seorang pembaca tu boleh je tegak berdiri tanpa penulis, kan? Lebih-lebih lagi pada masa sekarang, di mana penulis dan novelis semakin ramai yang muncul. Hilang seorang penulis, sepuluh lagi akan muncul! 

Tapi yang membezakan seorang penulis yang begitu mudah diganti dengan yang takkan pernah terganti adalah....betapa dekatnya hasil nukilan dia dengan hati pembaca, kan? Entahlah, tapi secara jujurnya...itulah pendapat peribadi saya. Dan saya berharap sangat, kalaulah suatu hari nanti karya saya betul-betul sampai ke tangan pembaca, biarlah karya itu menyentuh hati semua. Saya teringin sangat agar pembaca dapat merasai apa yang ada dalam hati saya waktu saya menulis itu semua. Insya' Allah.

Okeylah, itu saja entri kali ini. Entah kenapa, entri yang ala-ala serius ni boleh muncul tiba-tiba. Mungkin sebab di suatu sudut hati Sara Aisha, memang inilah yang selalu saya rasai...=)

Salam Sayang,
Sara Aisha (22/11/11)

*repost*

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments: