Eiii, x de class lah bace novel melayu!!!

Tersirap darah saya semalam bila dengar satu komen dari seorang hamba Allah ni. Dia cakap kat seorang kakak senior kat ofis yang minat baca novel macam ni...

"Eiiii, zaman sekarang orang dah tak bacalah novel melayu. Sekarang kan zaman bahasa Inggeris..." dengan riak muka yang sangatlah tak boleh blah. Awak tahu, riak muka yang macam merendahkan orang lain. Atau dalam kata lain, dia merendahkan orang yang baca novel melayu.

Serius, rasa geram giler kot!!!! Apa yang tak class nye baca novel melayu? Kakak senior saya tu duk kat oversea bertahun-tahun, Bahasa Inggeris dia memang tip-top, tapi dia tetap suka novel melayu. Itulah yang kita nak, bukannya macam hamba Allah tu yang suka-suki je cakap macam tu.

Saya memang tak faham dengan orang2 yang macam ni. Kenapa mesti merendahkan martabat Bahasa Melayu kita? Memang tak dinafikan Bahasa Inggeris adalah salah satu bahasa yang penting, bukan setakat di Malaysia, tapi juga di dunia. Tapi itu hanya kerana kebanyakan manusia di dunia ni menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium untuk berkomunikasi.

Saya sendiri akui ada kalanya saya selesa bercakap atau menulis dalam Bahasa Inggeris. Kalau awak semua perasan, saya campur blog ni dengan Bahasa Inggeris. Ada entri saya dalam Bahasa Melayu, ada yang dalam Bahasa Inggeris. Tapi biasanya saya menulis sesuatu entri dalam Bahasa Inggeris sebab saya nak share maklumat tu dengan semua orang di dunia, bukan di Malaysia sahaja. Contohnya pasal lakorn yang saya tonton. Kebanyakan follower yang follow saya sebab review tentang lakorn adalah bukan orang Melayu. Sebab tulah setiap kali saya tulis review pasal lakorn, mesti dalam Bahasa Inggeris.

Tapi itu tak bermakna saya tak suka  Bahasa Melayu atau saya merendahkan Bahasa Melayu. Bagi saya, Bahasa Melayulah menjadikan kita istimewa sebagai orang Melayu sepertimmana budaya Melayu kita menjadikan kita Melayu. Jadi kita sepatutnya bangga dengan bahasa kita. 

Kalau kawan saya yang berbangsa Cina boleh berbahasa Melayu, siap dengan berperibahasa segala, bangga pula tu dengan bahasa Melayu dia, kenapa orang Melayu sendiri mesti bersikap memandang rendah pada bahasa sendiri???

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

7 comments:

  1. Kalau bukan orang Melayu yang menaikkan martabat Bahasa Melayu.. siapa lagi? Bahasa jiwa bangsa.. Berbanggalah dengan bahasa kita.. :)

    ReplyDelete
  2. Clara suka novel bahasa melayu n english. But prefer melayulah.

    Kalau pasal fantasi2 baru english sbb novel melayu pasal fantasi2 tak byk mcm english.. sedih2..

    ReplyDelete
  3. kadang2 ada org melayu yg rasa dirinya terlalu bagus utk bangsa dia sendiri. org melayu berbual2 dgn org melayu dalam bahasa inggeris...saya tak faham situasi ni.Hina sangat ke nak bercakap dlm bahasa melayu? bila kita hantar email dlm bahasa melayu kpd org melayu, dia reply dlm bahasa inggeris. Apakah??

    ReplyDelete
  4. kak tinta: yup, setuju akak. kalau bkn org melayu sendiri nk memartabatkan bahasa kita, sape lagi kan??

    ReplyDelete
  5. clara: saya pn sama. sy bace both novel melayu dan english. tp kalau english novel, sy suke genre hitorical romance. fantasy pn suke jgk, yg style fairy tales pn suke, walaupn dh tua nk bace fairy tales...haha!!!

    ReplyDelete
  6. anonymous: memang susah nak faham orang2 yang macam ni. macam rendah sangat martabat orang yang cakap melayu. nak-nak kalau diorang pandang kita pelik je sebab asyik guna BM je. isy!!

    ReplyDelete
  7. nila die manusia zaman sekarang..ish2, mudah lupe diri, die xtaw ke die bangsa ape? saye rase novel melayu lah yang terbaik! >.<

    ReplyDelete