Bengkel Penulisan Tahap 2 yang havoc!!

Alhamdulillah, semalam selamat sudah saya menghadiri Bengkel Penulisan Tahap 2 anjuran Kak Maria Kajiwa, mentor kesayangan saya…hehe..

Banyak juga ilmu dan ajaran yang telah diberikan Kak Maria Kajiwa dan rakan-rakan penulis yang lain. Terima kasih semua!

Rupa-rupanya banyak perkara yang perlu seorang penulis tu tahu dalam menghasilkan sesebuah karya. Bak kata Kak Maria, pembaca tahu membezakan antara seorang penulis yang berilmu dan kurang berilmu. Doa saya agar saya boleh mempraktikkan segala ilmu yang diperoleh semalam dan memasukkan dalam manuskrip saya nanti.

Sejujurnya saya sangatlah hormat dan tabik spring pada kakak-kakak penulis yang telah pun menghasilkan sehingga 10 buah novel, tetapi masih lagi meluangkan masa menuntut ilmu dengan Kak Maria. Seperti kata Kak Sarah Marissa dan Kak Sarnia Yahya, menghasilkan banyak novel tidak bermakna mereka merasakan diri mereka sudah pandai.

Apa-apa pun, bengkel semalam memang havoc. Seronok saya dapat berkenalan dengan penulis-penulis yang telah pun menempah nama dalam dunia penulisan, dan juga penulis yang baru berjinak-jinak dengan dunia pena ini.

Insya’ Allah, kalau Kak Maria anjurkan bengkel tahap 3 nanti, kita jumpa lagi ya!

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment