Kampungku yang cantik!!!

Memandangkan hari tu saya baru je balik kampung (dan tengah dalam mood rindukan rumah), saya nak buat entri pasal kampung sayalah. Entri khas yang saya nak tujukan buat kampung kesayangan...hehe


Inilah kawasan sawah kat rumah arwah nenek. Ini kawasan sawah pak cik. Bila padi masak, serius cantik gila masa tu!! Hijau + menguning je. Tenang je rasa hati. Bukan cam duk KL ni, asyik nampak bangunan je. Kusut jiwa, tau!!!


Ini pulak sungai yang dekat sawah tadi. Boleh nampak tak betapa bersih dan cantiknya sungai tu? Tengok, siap boleh nampak bayangan papa dalam sungai tu. Isy, kayu apalah yang papa pegang tu? Dah nampak cam datuk kebayan...hehe...Opps, sorry pa!! =)


 Ini pulak jambatan lama yang dekat sungai tadi. Lagi sekali ada papa (dan seekor lembu) inter frame kat situ..hehe...Kat jambatan nilah, kitorang adik beradik selalu mandi sungai dulu. Adegan terjun dari jambatan masuk dalam sungai best woooo!!!! Dulu kat sungai ni ada banyak bunga teratai, serius cantik!!! Entahlah...saya pun tak tahu mana pergi semua pokok teratai tu sekarang.


Kat atas ni pulak, tak yah bagitahu kan? Mesti semua kenal. Inilah ayam!!! Sebenarnya saya ada kawan yang tak pernah tengok ayam hidup seumur hidup dia. Ayam yang dia kenal cuma ayam yang tak de bulu, tak de kepala kat kedai tu. Bila dia cakap macam tu, memang rasa nak tergelak. Yalah, ada ke orang yang tak pernah tengok ayam hidup??? Tapi bila dia cakap yang dia betul-betul tak kenal ayam hidup, masa tu jugak saya tak jadi gelak...hehe

So amacam?? Kampung saya best kan??? Mungkin ramai yang fikir, apalah yang special sangat pasal kampung ni, tapi bagi saya.....inilah tempat yang membuatkan zaman kanak-kanak saya bahagia sangat. Yelah, kat sinilah saya panjat pokok, mandi sungai, main teng-teng....banyak lagilah!!! =)

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. Sara..kltn kat mana?jambatan tu kalu org sana pgl 'ghetok'..hihihi..best kan kg ada sawah padi..my kampong also ada..tp dah lama xbalik :(

    ReplyDelete
  2. kt ketereh. a'h org pnggl 'ghetok'..hehe, mmg bst ade sawah, best sgt2!!

    ReplyDelete