Doa dan Kekuatan Seorang Suami

Alhamdulillah, baru je habis tengok drama 'Keimanan Cinta' tadi. Memang best drama tu, penuh dengan pengisian yang buat kita terharu dan terfikir sendiri. Dan untuk episod malam ni, apa yang paling terkesan dalam hati saya adalah bila Alan berdoa pada Allah sambil menangis macam tu, dia memohon dan merayu pada Yang Esa demi isterinya. Sesungguhnya, adalah suatu kebahagian bagi seorang isteri bila suaminya berdoa begitu demi dia. Jadi, marilah kita sama-sama berdoa agar kita termasuk dalam golongan isteri yang didoakan oleh suami...Insya' Allah.

Satu lagi scene yang memberi kesan pada saya adalah bila Azman cakap yang Alan sekarang sudah punya kekuatan seorang suami. Kekuatan yang lahir kerana rasa cinta buat isteri dalam sebuah perhubungan yang suci, yang diredhai-Nya. Percayalah, kekuatan seorang kekasih tidak boleh langsung dibandingkan dengan kekuatan seorang suami. Kerana yang berdiri di belakang suami itu adalah Dia Yang Maha Esa. Dia yang menghadiahkan rasa cinta yang tulus untuk seorang suami buat isterinya.


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment