[Cerpen] Babysitter atau isteri?


Aku berjalan lambat-lambat sambil membelek beberapa helai baju di kiri dan kananku. Niat di hati mahu membeli kemeja baru untuk ke pejabat. Sudah agak lama rasanya aku tidak keluar membeli-belah. Bukan aku tidak gemar membeli-belah, tetapi sejak kebelakangan ini sering sahaja waktu hujung mingguku terpaksa dihabiskan dengan bekerja. Outstation ke merata tempat.

Kini projek kelolaanku sudah hampir siap, jadi aku tidak perlu lagi keluar outstation. Sejujurnya bukan aku benci dihantar ke sana ke mari oleh bosku, tetapi kadang-kala aku terasa seperti tidak mempunyai kehidupan selain pekerjaanku. Ya, bekerja, bekerja dan bekerja!!!

“Bila tak payah kerja ni, rasa pelik pulak. Nak shopping pun dah macam tak reti,” bebelku perlahan sambil terus membelek beberapa helai baju di hadapanku.

Sedang aku asyik membelek-belek, telingaku seperti dapat mendengar bunyi tangisan bayi yang nyaring. Automatik tanganku terkaku sambil mataku melilau melihat sekeliling. Orang-orang di sekelilingku tetap juga seperti tadi, seolah-olah tidak mendengar bunyi tangisan itu.

Perlahan aku menelan air liur yang tiba-tiba terasa kelat

‘Takkanlah ada hantu baby kat sini kot. Ini Mid Valley, bukannya kampung terbiar,’ getus hatiku.

Sesaat kemudian bunyi tangisan itu kedengaran lagi. Hampir terlompat aku dibuatnya. Lambat-lambat aku berpaling pada pintu rintangan api yang terletak di sebelahku. Bunyi itu seperti keluar dari pintu itu.

Entah apa yang merasuk fikiranku, aku mula mengorak langkah menghampiri pintu itu. Sambil membuka pintu, fikiranku mula menerawang pada filem-filem seram yang pernah aku tonton. Ju-On, NangNak, Coming Soon…semuanya silih berganti di fikiranku.

Kalaulah hantu merangkak dalam Ju-On tiba-tiba merangkak kat aku..

Pontianak NangNak terbang datang nak hisap darah…

Hantu yang suka korek mata dalam Coming Soon datang nak ambil mata aku…

Perlahan aku menggelengkan kepala. Isy, apa yang aku fikir ni?

“Takkanlah siang-siang ni ada hantu kot??” ujarku pada diri sendiri. Tubuhku kini dah pun selamat memasuki pintu itu.

Aku memandang kiri dan kanan melihat kalau-kalau ada hantu merangkak, hantu terbang atau budak lelaki pelik dengan lingkaran bawah mata hitam macam panda bear….

Sekali lagi aku menggelengkan kepala.

“Fira, Fira…apa yang kau mengarut ni?” Aku menempelak diriku sendiri.

Lambat-lambat aku berjalan masuk, semakin jauh ke dalam sambil mataku masih lagi meliar melihat benda-benda pelik yang mungkin menegurku.

“Awak…”

Spontan tubuhku kaku. Telingaku seperti mendengar suara menegurku dari belakang.

“Alamak, memang ada hantu ke kat Mid Valley ni?” ucapku tanpa sedar. Sesaat kemudian aku menampar mulutku sendiri.

‘Isy, mulut ni...lancang sangat kenapa?’ bisik hatiku.

Mulutku sudah mula terkumat-kamit, membaca ayat Kursi yang aku ingat.

“Awak….” Suara itu kedengaran lagi. Semakin dekat pula tu.

Aku cuba menggerakkan kaki yang sudah pun lembik.

‘Apasal kaki ni tak nak gerak pulak dah??’

Menyedari keadaan kakiku yang seakan-akan melekat pada lantai, cepat-cepat aku memejamkan mata. Tidak ingin rasanya melihat wajah-wajah yang mungkin membuatkan aku demam seminggu.

“Awak…awak tutup mata kenapa?” Suara itu kedengaran dekat benar pada wajahku. Dan aku seperti dapat merasakan desah nafas seseorang….atau sesuatu pada wajahku.

Dadaku berdebar-debar. Bulu romaku terasa meremang.

“Awak…awak ingat saya hantu ke?”

Spontan aku membuka kembali mataku tatkala mendengar soalan itu. Hantu ni ada ke patut tanya terang-terangan macam tu? Dia tak tahu ke aku tengah takut ni?

Dan kini mataku terkebil-kebil memandang wajah seorang lelaki yang dekat benar kedudukannya denganku. Lelaki itu membalas pandanganku dengan serius.

“Ahhhhhhhhhhhhh!!!!” Setelah hampir sepuluh saat bertentangan mata, aku akhirnya menjerit.

Lelaki itu kelihatan terkejut dan menggelabah.

“Awak, yang awak menjerit ni kenapa?”

“Ha…ha…hantu!!!” Aku menjerit lagi.

Lelaki itu membeliakkan mata.

“Hei, awak ingat saya hantu ke? Muka macam saya ni awak cakap hantu?” Lelaki itu menyoalku.

Aku terdiam sambil menatap wajahnya dengan lebih teliti. Matanya sedikit sepet, hidung mancung, bibir merah yang elok terukir dan berkulit sawo matang. Boleh dikategorikan sebagai kacak, tetapi tidaklah sampai ke tahap kekacakan Hardy Hartono, abang Wali kesukaanku dalam Kitab Cinta.

Kemudian aku menjatuhkan pandangan pada leher, tubuh dan akhirnya pada sepasang kaki miliknya. Kaki yang terletak elok di atas lantai.

“Awak ada kaki.” Tanpa sedar aku memberi komen.

Lelaki itu mengerutkan dahi. Wajahnya serius.

“Tolong saya.” Tanpa menghiraukan kata-kataku sebentar tadi, dia meminta pertolongan daripadaku.

Dahiku berkerut. Apa maksud dia ‘tolong’? Tolong bagi saya darah, saya dah lama tak makan ni…

‘Isy, kau ingat dia ni vampire ke??’ getus hatiku.

“A..a..apa??” jawabku akhirnya.

Dalam hati, aku berdoa dia bukanlah seorang penjahat yang akan menculikku, merogol, membunuh dan mengeratku, kemudian memakanku…macam dalam cerita seram aku yang aku tengok.

Ingin sahaja aku mengetuk kepalaku yang sudah mula memikirkan benda-benda pelik. Agaknya inilah efek suka menonton horror movies.

“Jom.” Lelaki asing itu memintaku mengikutnya.

Bagaikan dipukau aku mengikut sahaja. Entah apa yang telah mengenaiku, laju sahaja aku membuntuti lelaki itu. Mataku memandang belakangnya yang tinggi dan kelihatan gagah. Lelaki itu kemudiannya berhenti pada satu bangku dan sedikit menunduk seperti mengutip sesuatu.

Aku hanya melihat segala perilakunya dengan debaran dalam hati. Benda-benda pelik tadi masih lagi terbayang dalam fikiranku.

“Ini.” Hanya sepatah kata yang keluar daripada mulut lelaki sebelum dia akhirnya berpusing menghadapku.

Mataku membuntang. Dan kemudian….

“Baby!!!!” Aku tiba-tiba menjerit dengan penuh teruja. Menyedari reaksi yang agak ‘over’, cepat-cepat aku menekup mulut.

Aku memang seperti itu. Terlalu suka dengan bayi dan anak-anak kecil. Mungkin kerana aku selalu sahaja menjadi ‘babysitter’ untuk adik-adik angkatku di Rumah Anak-anak Yatim Nur Kasih. Mengingatkan adik-adikku itu, hatiku tiba-tiba diserbu rasa rindu terhadap mereka.

“Awak, boleh tolong saya tak?”

Kata-kata lelaki misteri lelaki itu terus sahaja mematikan lamunanku tentang adik-adikku. Aku melihatnya dengan pandangan yang penuh syak wasangka.

“Tolong apa?” Akhirnya aku menjawab.

Lelaki itu tidak terus menjawab. Sebaliknya dia meraup kepalanya beberapa kali. Tangan kirinya masih lagi memangku bayi kecil yang sedang lena itu. Wajah lelaki itu sangat kusut dan seperti sedang terbeban dengan masalah yang berat.

Lelaki asing itu mengeluh dengan kuat.

“Tolong saya tengok-tengokkan baby ni, boleh?”

Mataku terkebil-kebil.

Lelaki itu menatapku dengan wajah yang serba-salah.

“Huh??” Hanya itu yang termampu keluar dari mulutku.

“Tak..I mean…hmmm….Zahra…dia..”

“Zahra?” Aku menyampuk tatkala melihat lelaki itu tiba-tiba menghentikan kata-katanya.

“This baby. Her name is Zahra.” Dia menjawab.

“Oh, okay.”

Lelaki itu menatapku seketika sebelum menyambung kembali kata-katanya.

“Zahra…dia..dia tak henti-henti menangis. Ini baru sahaja dia senyap. Tapi saya tahu kejap lagi mesti dia menangis lagi. Saya…saya..dah cuba buat macam-macam, bagi susu..tukar lampin..semua yang saya terfikir, tapi still…” Lelaki itu bercakap tanpa henti. Wajah kusutnya bertambah kusut setiap kali dia menuturkan kata-kata itu.

Tiba-tiba timbul rasa kasihan pada lelaki itu. Aku tahu bukan senang mahu menjaga seorang bayi. Lebih-lebih lagi bayi sekecil itu.

Perlahan aku menguntum senyum dan menghulurkan tangan. Lelaki itu memandangku dengan wajah yang bingung.

“What?” Dia menyoalku.

“Your baby, Zahra. Bagi sini. Saya tengok.”

Lambat-lambat lelaki itu menyerahkan bayi dalam pegangannya kepadaku. Sempat juga dia menyentuh pipi gebu Zahra sebelum bayi kecil akhirnya berada dalam pangkuanku.

Tersentuh hatiku melihat wajah comel yang lena itu. Kulitnya yang putih kemerah-merahan, bibir merah yang kecil dan mungil dan rambut hitam pekat benar-benar menarik hatiku. Entah kenapa, aku seperti jatuh sayang pada bayi comel yang bernama Zahra ini.

“Awak ni pun satu, yang awak bawak anak awak ni ke tempat yang panas, lack of aeration macam ni kenapa?” Aku mula bersuara sambil membelek-belek Zahra. Bayi kecil itu bergerak sedikit.

“Ermmm, she’s not my….”

“Kalau orang tua pun boleh rasa sesak nafas kalau duduk kat tempat macam ni. Inikan pulak baby kecil.” Aku menyambung bebelanku.

Aku seperti mendengar bunyi dengusan kasar lantas aku mendongakkan kepala memandang lelaki yang masih lagi berdiri di hadapanku ini.

Wajah lelaki itu tegang.

‘Alamak, aku tersilap cakap ke?’ Bisik hati kecilku.

“Awak ingat saya nak bawak dia datang tempat yang panas, tersorok macam ni? Zahra tak henti-henti menangis sampai semua orang kat luar sana tengok. Saya cuba untuk buat dia berhenti menangis, saya cuba bagi dia susu tapi dia tak nak. So I thought maybe dia nak kena tukar lampin. Tapi baby’s section cuma ada kat ladies, takkan saya nak masuk ladies??” Lelaki itu tiba-tiba menempelakku.

Aku terdiam. Mungkin betul juga apa yang dikatakannya. Biasanya tempat yang disediakan untuk menukar lampin bayi terletak pada bahagian tandas wanita. Sebagai seorang lelaki, mestilah dia segan untuk masuk tandas wanita.

“Apa-apa pun kita kena keluar dari sini dulu.” Aku menjawab sambil mula mengorak keluar dari ruang sempit itu.

Lelaki itu mengangguk perlahan dan membuntutiku dari belakang. Tangan kanannya memegang satu beg yang mungkin mengandungi barang-barang keperluan Zahra. Dalam hati aku berasa pelik dan tertanya-tanya kenapa dia keseorangan dan membawa Zahra ke sini? Zahra kelihatan terlalu kecil untuk dibawa ke shopping complex seperti ini.

Lelaki asing itu membuka pintu untukku sebelum aku akhirnya melangkah keluar melalui pintu rintangan api itu. Sebaik sahaja aku selamat keluar, Zahra mula menunjukkan tanda-tanda mahu menangis. Dahinya berkerut dan tubuhnya bergerak-gerak.

“Sshhhh…shhhh, ala sayang. Jangan nangis ya.”

Aku mengerling ke arah lelaki di sebelahku hanya memandang tanpa kata.

“So awak dah tukar lampin?” Aku menyoal lelaki itu.

Dia tidak menjawab, sebaliknya hanya menggelengkan kepala. Aku mengerutkan dahi. Tadi dia cakap dia tukar lampin?

“Lampin Zahra bersih je.” Lelaki itu bersuara seakan-akan dapat meneka fikiranku tadi.

Aku menganggukkan kepala tanda mengerti.

“Tak pelah, saya bawak dia pergi ladies. Saya check dia kejap.”

Lelaki itu tidak menjawab. Hanya wajah serius yang dipamerkan padaku.

‘Dia ni memang muka serius macam ni je ke? Tak reti nak lembutkan sikit muka tu? Nasib baik hensem….’ omelku dalam hati sambil kakiku melangkah laju ke arah tandas wanita. Lelaki itu mengikutku dari belakang.

Setibanya kami di hadapan tandas, lelaki asing tadi tiba-tiba memegang lenganku. Spontan aku berpaling dan mengangkat kening, tanda menyoal.

Lelaki itu memandangku dengan serba-salah sebelum menyoal.

“Awak…awak...cuma akan check dia je kan?”

Aku tidak segera menjawab, sebaliknya aku menatap wajah kusut lelaki itu. Apa dia ingat aku ni penculik ke?

“Awak ingat saya akan culik Zahra ke?” Dengan lagak bersahaja aku menyoal.

Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal dan mengetap bibir.

Tanpa sedar aku tersenyum. Aku tahu dia sangat menyayangi anaknya itu. Dari gaya kelam-kabutnya sahaja aku dapat melihat kasih sayang itu dengan jelas.

“Don’t worry. Saya bukan penculik. I’ll hand her back to you,” sambungku lagi, menenangkan lelaki asing itu. Wajahnya ku lihat semakin tenang.

Setelah selesai memeriksa si comel Zahra, aku keluar dari kawasan tandas wanita dan segera mencari kelibat lelaki asing tadi. Dia kelihatan bersandar pada dinding, masih lagi dengan wajah yang kusut dan serius.

Sebaik sahaja melihatku, dia segera mendekatiku.

“How’s Zahra? How is she?” soalnya dengan tergesa-gesa.

Aku memandang sekilas pada Zahra yang hanya terkebil-kebil memandangku. Matanya yang agak coklat kelihatan sangat cantik di mataku.

“Perut dia masuk angin ni. Sebab tu dia asyik menangis,” jawabku sambil bermain-main dengan pipi gebu Zahra.

“Masuk angin?”

Aku mendongakkan kepala tatkala mendengar soalan yang terpacul keluar dari mulut lelaki itu.

“A’ah. Perut dia tak selesa. Kenapa awak tak barut perut Zahra?”

Lelaki itu mengerutkan dahi. Rasanya dia langsung tidak mengerti apa yang dimaksudkan olehku.

“Barut perut ni macam…erm…balut perut. Ala macam….macam…kalau bagi ibu-ibu lepas bersalin, kita panggil bengkung perut.” Aku cuba menerangkan apa yang dimaksudku kepada lelaki yang mempamerkan wajah bingung itu.

Dalam hati aku berasa pelik, takkanlah dia tak tahu pasal itu?

“Oh, itu. Okay, now I know,” balasnya kembali.

“Baby sekecil Zahra, kita kena barut perut dia. Kalau tak, nanti masuk angin and then kembung perut. Dan jugak better kalau awak sapu minyak pada perut dia. Minyak telon ke, minyak Yuh Yi ke…” sambungku lagi.

“Mana nak dapat minyak tu?”

Hampir terlopong mulutku mendengarkan soalan itu. Dia betul-betul tak tahu ke? Macam mana dia jaga anak dia selama ni?

Perlahan aku mengeluh.

“Macam nilah, Encik….”

Aku mengangkat kening.

“Rayyan.”

“Ok, Encik Rayyan. Saya tolong awak pergi beli barang-barang baby. Saya tengok dalam beg tu, ada banyak barang yang tak sesuai untuk baby sekecil Zahra.” Akhirnya aku memutuskan untuk menolong Rayyan membeli barang untuk anaknya itu.

Rayyan mengerutkan dahi.

“Apa maksud awak, tak sesuai?”

“Pampers tu terlalu besar untuk baby 2 bulan macam Zahra…”

“Macam mana awak tahu dia berumur 2 bulan?” soal Rayyan sebelum aku menghabiskan kata-kataku.

Aku tersengih.

“Saya teka je. Betul ek?” jawabku selamba.

Zahra sedikit bergerak-gerak dalam dukunganku. Perhatianku segera beralih kepada bayi itu. Dengan lemah lembut aku mengangkatnya dan meletakkannya ke atas bahuku. Belakangnya ku tepuk beberapa kali dengan lembut.

Mataku dikerling ke arah Rayyan yang menganggukkan kepala dan kemudian menghulurkan tangannya kepadaku.

“Biar saya dukung Zahra.”

Lambat-lambat aku menyerahkan Zahra kepada Rayyan. Namun sebelum sempat lelaki itu menyambut Zahra, bayi kecil itu tiba-tiba sahaja menangis. Cepat-cepat aku mendukungnya kembali dan memujuknya.

“Shhh…shhhh….Zahra sayang…shhhh….” pujukku lembut.

Aku dapat merasakan sepasang mata Rayyan yang melekat padaku.

“Nampaknya Zahra sukakan awak,” ucap Rayyan sambil matanya masih lagi merenungku.

Aku tersenyum. Agak senang hati dengan kenyataannya itu. Sejujurnya aku juga sudah merasa sayang pada Zahra.

“Apa nama awak?” Tiba-tiba Rayyan menyoalku.

“Oh, yelah. Saya belum bagitahu nama saya lagi. I’m Syafira. Awak boleh panggil saya Fira,” balasku sambil tersenyum pada Rayyan.

“Then nice to meet you, Fira,” ujar Rayyan, tetap juga dengan wajah seriusnya.

****************************

Dengan itu bermulalah saat perkenalanku dengan Rayyan. Bermula dengan saat aku membantunya membeli barang-barang keperluan Zahra, kami semakin mengenali satu sama lain. Rupa-rupanya Zahra bukanlah anaknya seperti yang aku fikirkan. Zahra adalah anak saudaranya, anak kepada adik perempuannya yang telah meninggal dunia akibat komplikasi ketika bersalin. Rose, adik Rayyan meninggal dunia selepas koma selama dua bulan di hospital.

Dan ternyata hari yang menemukan aku dengan Rayyan merupakan seminggu selepas Rose meninggal dunia. Kerana itulah, Rayyan kelihatan seperti sangat kusut dan bermasalah ketika itu. Tambahan pula mak cik yang selalu membantu Rayyan menjaga Zahra tiba-tiba terpaksa berhenti kerja kerana mengikut suaminya pulang ke kampung.

Teringat aku pada kata-kata Rayyan waktu bercerita tentang Rose, arwah adiknya itu.

“Rose adalah satu-satunya keluarga saya. Kami membesar bersama. Tapi sekarang…dia dah tak ada. Dia dah tinggalkan saya. Tapi dia tinggalkan Zahra untuk saya. Sebab….sebab tulah saya kena jaga Zahra sebaik mungkin.”

Timbul rasa kasihanku pada Rayyan. Aku benar-benar mengerti akan perasaannya. Perasaan kehilangan orang yang amat kita sayangi adalah sesuatu yang amat menyakitkan. Aku juga membesar dengan perasaan itu. Seluruh keluargaku meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Ibu, ayah dan juga abangku….semuanya meninggal dalam kemalangan itu. Tinggallah aku seorang diri….sebatang kara, menempuh hidup keseorangan.

Mereka yang aku anggap sebagai keluarga hanyalah mereka yang bersama-samaku di Rumah Anak-anak Yatim Nur Kasih.

Umi Natrah telah kuanggap seperti ibuku sendiri.

Abang Haikal pula sudah seperti abangku.

Ya, hanya mereka tempat aku menumpang kasih.

Kini muncul pula Zahra dalam hidupku. Entah kenapa, aku seakan menganggapnya seperti anakku sendiri. Wajahnya yang comel, suaranya yang sering kali merengek dan juga senyuman dan ketawanya yang sangat comel benar-benar menggamit perasaanku, menyebabkan aku semakin sayang padanya.

Sudah dua bulan berlalu sejak pertama kali aku bertemu dengan Zahra dan Rayyan. Setiap dua hari sekali aku pasti bertemu dengan mereka untuk merungkaikan rasa rindu aku terhadap Zahra. Sungguh! Aku benar-benar menyayanginya.

Sedang aku mengelamun tentang Zahra, tiba-tiba telingaku mendengar lagu “Please be careful with my heart” nanyian Christian Bautista. Oh, ada orang menelefonku!

Cepat-cepat aku mengangkat telefon bimbitku.

“Hel…”

“Fira!! Fira!! Help me. Zahra…Zahra..dia..” Belum sempat aku menjawab, suara itu berkumandang di telingaku.

“Rayyan? Ke..kenapa ni? Apa dah jadi pada Zahra? Awak kat mana ni?” Terus-terusan aku menyoal. Hatiku terasa cuak, takut-takut sesuatu terjadi pada Zahra.

“Zahra, dia..dia…macam susah nak bernafas. Tadi..tadi saya bagi dia susu…and then…dia..dia..tiba-tiba..batuk-batuk..muntah…pastu….muka dia merah…” Tergagap-gagap suara yang keluar dari mulut Rayyan. Suaranya kedengaran cemas.

Tesirap darap ke mukaku. Aku seakan dapat meneka apa yang terjadi pada Zahra. Bayi itu tersedak susu!

“Calm down, Rayyan. Saya…”

“Macam mana saya nak calm down?? Zahra, she’s like…she’s like choking, susah nak bernafas!! Macam mana saya nak bertenang??” Rayyan sudah mula meninggikan suara.

Aku dapat membayangkan betapa cemasnya dia. Malahan jantungku juga seperti mahu berhenti berdegup tatkala mendengar Zahra dalam keadaan begitu.

“Listen here, Rayyan!! I need you to calm down. Kalau awak nak selamatkan Zahra, awak kena dengar cakap saya ni!!” Aku turut mula meninggikan suara.

Jelas bunyi Rayyan menarik nafas dalam-dalam di telingaku.

“Ok, what should I do??”

Aku menarik nafas dalam, dan cuba mengingati apa yang patut dilakukan dalam situasi begini.

“Awak kena duduk tegak.”

Telingaku mendengar bunyi Rayyan bergerak, mungkin sedang membetulkan duduknya.

“Ok, done.”

“And then dukung Zahra over you shoulder. Make sure dagu Zahra atas bahu awak. Satu tangan awak pegang kepala dia. Satu tangan lagi usap dan tepuk belakang dia sampailah dia sendawa. Make sure dia sendawa. Kalau dia muntah lagi baik, bagi dia keluarkan balik susu tadi.”

Aku menarik nafas sebelum menyambung lagi.

“Kalau tak boleh lagi, telangkupkan dia. Dan macam tadi, tepuk belakang dia.”

Aku dapat mendengar bunyi telefon yang diletakkan ke lantai. Namun telefon itu tidak pula dimatikan. Telingaku dapat mendengar dengan jelas bunyi Rayyan yang cuba membuat Zahra sendawa. Hatiku berdebar.

“Zahra, sayang…please sendawa..please…” Suara Rayyan yang cemas kedengaran di telingaku. Lelaki itu seperti sedang menangis.

Luluh hatiku mendengar suara tangisan itu. Aku sedar Rayyan terlalu menyanyangi Zahra. Tanpa sedar, air mataku turut mengalir.

Tiba-tiba…

“Burp…”

Sekali.

“Burp….”

Dua kali.

Aku terbeliak. Zahra sudah sendawa ke?

“Helo, helo..Rayyan..Rayyan!!” Aku cuba memanggil Rayyan melalui telefon bimbit.

“Helo, Fira…” Rayyan menyambut panggilanku. Suaranya serak.

“How is she?” Cepat-cepat aku menyoal. Aku benar-benar berharap keadaan Zahra sudah semakin baik.

“Muka dia dah tak merah macam tadi. Macam dah boleh bernafas dengan elok. Susu pun dia dah muntahkan balik.”

Perasaan lega terus sahaja menusup masuk dalam hatiku. Air mata di pipi cepat-cepat diseka.

“Alhamdulillah.” Aku mengucap syukur.

“Thanks, Fira..Thanks…” Rayyan mengucapkan terima kasih kepadaku. Dari nada suaranya sahaja aku dapat merasakan betapa dia menghargai pertolonganku tadi.

“Tapi awak still kena bawak Zahra jumpa doctor.”

“Awak temankan saya?”

Aku terdiam. Temankan Rayyan? Aku mengerling ke arah jam di dinding yang sudah menginjak ke nombor 11. Temankan Rayyan pada pukul 10.50 malam ni? Sudah terlalu lewat tapi aku memang teringin mahu menemui Zahra. Aku mahu melihat keadaan dia dengan mata kepalaku sendiri.

“Ok, kita jumpa kat DEMC.”

************************

Mengikut kata doktor, tindakan Rayyan telah menyelamatkan nyawa Zahra. Katanya lagi, kini terdapat banyak kes bayi meninggal dunia kerana tersedak susu.

“Jadi sebagai ibu bapa, encik dan isteri encik harus selalu berhati-hati.”

Aku tergamam. Rayyan kelihatan terpinga-pinga. Doktor ni ingat kami berdua suami isteri ke?

“Kami bukan…” Hampir serentak aku dan Rayyan bersuara.

“Especially you, puan. Cara menyusu tu kena betul. Dinasihatkan jangan menyusu dengan cara berbaring. Dan juga better puan menyusu badan sebab risiko tersedak susu lebih rendah bagi bayi yang menyusu badan,” sambung doktor itu lagi sebelum sempat kami berkata apa-apa.

Tersirap darah ke mukaku. Terasa sangat malu. Rayyan kulihat cuba menahan senyum. Mengada-ngada!

‘Isy, doktor ni kenapa? Memandai-mandai je buat conclusion aku ni wife Rayyan,’ bebelku dalam hati.

“Doc, sebenarnya….”

“Ok, doc. Terima kasih atas nasihat doktor. Saya dan isteri saya akan lebih berhati-hati.” Rayyan memotong kata-kataku dengan bersahaja sebelum sempat aku membetulkan kenyataan doktor itu.

Mataku terbeliak. Automatik aku berpaling ke arah Rayyan yang berdiri di sebelahku. Wajahnya bersahaja tanpa sedikit pun memandangku kembali, sebaliknya dia hanya memandang doktor di hadapan kami berdua.

Aku mengerutkan dahi. Rayyan sedar tak apa yang dia cakapkan ini?

“Terima kasih banyak, doc,” ucap Rayyan sambil bersalaman dengan doktor yang merawat Zahra itu.

Doktor kemudiannya berpaling padaku.

“Puan, lepas ni tolong lebih berhati-hati, ya,” nasihatnya kepadaku sebelum melangkah pergi.

Aku tercengang.

Rayyan berpaling ke arahku. Dia memandangku sekilas dengan wajah seriusnya sebelum menundukkan kepala dan mengusap pipi Zahra yang sedang berada dalam dukunganku.

“Zahra sayang, jom balik rumah.”

Aku memandang perilakunya tanpa kata. Terdetik rasa geram dalam hatiku dengan sikap selambanya itu. Senang-senang sahaja dia mengiyakan kata-kata doktor tadi. Aku dan dia bukannya ada apa-apa hubungan istimewa pun. Bagiku, aku cuma babysitter Zahra dan aku yakin Rayyan juga menganggap aku sebegitu. Hanya seorang babysitter!

“Kenapa dengan awak? Awak mana boleh iyakan aje cakap doktor tu!” bentakku pada Rayyan.

“Biarlah apa pun dia nak fikir pasal kita.”

Aku terlopong. Bersahaja sungguh jawapan dia!

“Rayyan!” Tanpa sedar aku terjerit. Penuh kegeraman.

“Jangan jerit, boleh tak? Terkejut Zahra nanti.” Keras suara Rayyan di telingaku sambil matanya merenungku tajam. Wajahnya yang memang sentiasa serius sedikit menakutkan aku.

Aku mengetap bibir dan menundukkan kepala. Entah kenapa, aku sedikit terasa dengan tegurannya tadi. Ya, aku tahu salahku menjerit begitu. Aku sepatutnya mengawal diriku agar tidak bersuara kuat yang mungkin mengejutkan Zahra yang sedang lena. Namun tetap juga aku berasa kecil hati dengan reaksi keras Rayyan itu.

Dari hujung mata, aku dapat merasakan pandangan Rayyan yang tepat pada wajahku. Dia kelihatan seperti serba-salah. Mungkin juga sudah terdetik sedikit rasa bersalah dalam hatinya kerana bersuara keras begitu padaku. Ingin saja aku mengatakan bahawa jika tidak kerana aku, entah apa yang telah terjadi pada Zahra, dan kini enak sahaja dia memarahiku hanya kerana perkara kecil. Namun tidak pula aku meluahkan rasa itu, kerana aku tahu tidak patut bagiku mengungkit begitu.

Rayyan membuka mulutnya sedikit. Agaknya dia berniat mahu memohon maaf padaku. Tetapi lelaki itu kelihatan begitu teragak-agak sekali. Ah, ego dia tinggi benar nampaknya!

Benarlah kata-kata itu…

“Sorry seems to be the hardest word.”

Di sepanjang perjalanan pulang aku hanya mendiamkan diri. Jika diikutkan hati, aku tidak mahu membiarkan Rayyan menghantarku pulang ke rumah. Puas aku menolak hasratnya tadi. Namun lelaki itu tetap berkeras. Katanya dia tidak akan membenarkan aku memandu sendirian pada waktu-waktu begini. Pada pukul 2.45 pagi!

Sebenarnya, dalam hati aku juga berasa takut memandu tengah-tengah malam buta begini.Tambahan pula aku baru sahaja menonton filem Karak baru-baru ini. Walaupun filem itu tidak terlalu menakutkan, tapi aku tahu aku mungkin akan membayangkan sesuatu nanti.

Hantu budak pakai baju sekolah tiba-tiba muncul.

Hantu wanita berkebaya yang rupa-rupanya Penanggalan.

Atau mungkin juga Volkswagen kuning lalu sebelah keretaku…..

“Ya Allah! Apa aku mengarut ni??” Tanpa sedar terkeluar kata-kata itu dari mulutku.

Dari hujung mataku, aku dapat melihat Rayyan berpaling kepadaku.

“Are you okay?” Lembut pula suaranya kali ini.

Aku diam tidak berkutik. Sengaja tidak mahu menjawab.

Hujung telingaku jelas dapat mendengar bunyi keluhan berat yang terpacul keluar daripada mulut Rayyan. Mungkin dia tahu aku sedang marahkannya.

Ya, aku memang marah pada lelaki di sebelahku ini! Kemarahanku kerana dia enak sahaja mengaku kami adalah suami isteri ketika di hadapan doktor tadi belum pun reda, tetapi sebentar tadi dia menambahkan lagi kemarahan itu dengan berkeras mahu menghantarku pulang ke rumah walhal berulang kali aku menolak. Katanya, dia tidak tegar membiarkan gadis sepertiku seorang diri memandu malam-malam begini. Terlalu merbahaya!

“Jaga Zahra elok-elok.” Akhirnya aku bersuara, setelah kami tiba di hadapan rumah.

“I’ll pick you up tomorrow.”

Aku mengerutkan dahi.

“Kereta awak kan kat DEMC. Esok awak nak ke office, saya akan hantar. And I will ask someone to get your car back.”

“Tak perlu susah-susah. Saya boleh pergi dengan bas. Pasal kereta saya tu, saya boleh settle kan sendiri.”

“No, you won’t. I will.” Tegas suara Rayyan.

Aku mengetap bibir. Geram!

“Huh, suka hati awaklah!”

***************************

Aku memandang wajah serius Rayyan di hadapanku. Tadi dia datang menjemputku dari tempat kerja dan kini kami berdua berada di Restoran Mohd Chan, Shah Alam. Beriya-iya dia mengajakku makan malam bersama. Zahra pula dia tinggalkan di rumah sahabatnya buat seketika. Kata Rayyan, dia punya hal penting yang mahu dikhabarkan padaku. Aku mengikut sahaja. Tambahan pula kemarahanku padanya semalam sudah pun lenyap.

Pandanganku masih lagi tertancap pada wajah tegang Rayyan. Dalam hati aku tertanya-tanya, begitu sukarkah bagi lelaki di hadapanku ini untuk menguntumkan suatu senyuman? Sepanjang hampir tiga bulan usia perkenalan kami, jarang sekali aku lihat dia tersenyum bahagia. Kalau ada pun, hanya ketika waktu dia bermain-main dengan Zahra.

“Awak nak cakap something, kan?” soalku padanya.

Rayyan sedikit tersentak dan kelihatan terpinga-pinga.

“Erm…kita..kita….” Tersekat-sekat suara yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Kita apa?” Aku sedikit menyergah.

“Kita kahwin, nak?”

Hampir-hampir sahaja aku terbangun dari dudukku tatkala mendengar kata-kata yang baru sahaja terluncur keluar daripada mulut Rayyan. Kita kahwin? Aku…aku tidak salah dengar, bukan?

“Apa yang awak cakap ni?”

Rayyan menghela nafas panjang.

“Macam yang awak dengar tadi, kita kahwin nak?”

Aku terkebil-kebil. Apa yang dia merepek ni?

“Awak jangan main-main, boleh tak? Hal kahwin ni hal serius.” Aku menjawab.

“Well, I really AM serious!!” Tegas dan tanpa keraguan jawapan yang diberikan Rayyan.

Aku menarik nafas panjang, cuba bertenang dengan keadaan sekarang. Juga cuba mencerna apa yang dikatakan oleh Rayyan itu dengan lebih baik.

“Ok, kalau betul apa awak cakap tu..”

“Memang betul pun.”

Aku tidak mengendahkan kata-katanya itu dan menyambung kembali.

“Kenapa? Kenapa awak nak kahwin dengan saya?” Terus-terang aku menyoal.

Rayyan terdiam sejenak. Mungkin soalanku yang terlalu berterus-terang membuatkannya sedikit mati akal tentang jawapan bagaimana yang harus diberikan padaku.

“Kenapa, Rayyan?”

“Zahra..” Akhirnya hanya sepatah nama itu yang meluncur keluar dari mulut Rayyan.

Aku hanya membatu tanpa sebarang reaksi. Kenapa aku langsung tidak terkejut? Zahra…ya, sudah tentu kerana Zahra. Entah kenapa, suatu perasaan kecewa menyusup masuk dalam hatiku. Adakah aku kecewa kerana dia mahu mengahwiniku demi Zahra, dan bukan sebab dia…dia…mungkin punya sekelumit perasaan istimewa buatku?

“Sebab senang untuk saya jaga Zahra kalau saya ni isteri awak, kan?” jawabku berbaur sindiran.

Rayyan tidak menjawab, hanya matanya yang terus-terusan memandangku.

Aku menghela nafas panjang.

“Saya akan anggap yang saya tak pernah dengar cakap awak tu.” Tegas suaraku.

“Tapi, Fira…”

“Hantar saya balik.” Sekali lagi tegas aku menuturkan kata-kata.

Terus sahaja aku bangun dan melangkah keluar sebelum sempat Rayyan berkata apa-apa.

“I wasn’t joking, Fira,” ucap Rayyan setelah kami masing-masing mengambil tempat dalam kereta.

Aku mengerlingnya sekilas. Nampaknya dia masih tidak mahu berputus asa, masih tetap dengan niatnya untuk mengahwiniku. Hatiku membara melihat wajah tenangnya. Dia ingat aku ni apa? Senang-senang saja mengajak aku kahwin hanya semata-mata kerana mahu aku menjaga Zahra?

Ya, aku memang menyayangi Zahra, malah bayi itu sudah kuanggap seperti anakku sendiri, tapi itu tidak bermakna Rayyan ada hak untuk mempermainkan aku begini. Aku cuma wanita biasa. Aku mahu mengahwini seseorang kerana rasa cinta, bukan untuk memudahkan aku menjadi seorang babysitter!

“Then, I’ll give you my answer now.”

Aku berpaling dan menghadapnya.

“NO!”

Rayyan kelihatan terkedu. Entah kenapa aku seperti dapat melihat riak kekecewaan pada wajahnya. Mungkinkah dia betul-betul kecewa dengan jawapanku?

“Fira, takkan awak tak boleh consider. This is for the sake of Zahra. She needs you,” pujuk Rayyan.

Aku mengetap bibir.

“Kalau hanya untuk tolong awak jaga dia, tak perlu kot sampai saya kena kahwin dengan awak.”

Rayyan menghela nafas panjang. Wajahnya tegang. Dahinya pula berkerut. Sekali pandang, Rayyan seperti sedang menanggung beban yang teramat berat. Perlahan terbit rasa kasihan dalam hatiku. Namun cepat-cepat juga aku usir perasaan kasihan itu. Aku tidak mahu dek kerana rasa itu, aku terperangkap dalam perkahwinan tanpa cinta.

“Listen here, Fira….” Rayyan cuba memujuk lagi.

“No, you listen!!” Aku sudah semakin beremosi. Kenapalah agaknya lelaki di sebelahku ini tidak mahu faham yang aku tidak mahu mengahwininya?

“Saya tak cintakan awak. Awak pun tak cintakan saya. So kenapa saya harus kahwin dengan awak?”

Rayyan tersenyum sinis.

“Cinta? Awak ingat dengan cinta, sebuah perkahwinan tu boleh kekal?? Dengan cinta, kita boleh bahagia? Jangan jadi bodohlah, Syafira!!” Tinggi suara Rayyan. Lantang.

Aku tergamam.

“Huh, cinta! Awak tahu tak….kerana cintalah, Rose menderita sampai dia mati. Adik saya tu….dia terseksa hingga akhir hayat dia. Dan kenapa? Sebab cinta!!!!”

Aku terkedu tanpa kata. Jelas di mataku setitis air mata lelaki Rayyan menitik turun. Namun cepat-cepat lelaki itu menyekanya.

Dan entah kenapa, hatiku seperti luluh tatkala melihat tangisan itu.

**************************

Malam itu Rayyan menjelaskan segala-galanya kepadaku. Dia menceritakan kepadaku tentang Rose, adik kesayangannya. Rupa-rupanya Rose mengahwini suaminya tanpa restu keluarga lelaki itu. Setelah beberapa bulan usia perkahwinan mereka, lelaki itu mula membuat perangai. Selalu sahaja pulang lambat dan punya hubungan dengan wanita lain. Malah tubuh Rose juga menjadi mangsa pukulan suami sendiri. Rayyan yang mengetahui keadaan adiknya itu berusaha untuk menyelamatkan Rose dan akhirnya berjaya memujuk adiknya agar meninggalkan suaminya itu.

Namun rasa cinta Rose terhadap suaminya ternyata terlalu mendalam. Dia kembali ke pangkuan lelaki itu hinggalah pada saat suaminya tiba-tiba terbunuh dalam satu kemalangan bersama seorang wanita lain. Kerana tidak mampu menerima tamparan hebat itu, emosi Rose menjadi tidak stabil. Tambahan pula waktu itu, dia sudah pun disahkan hamil. Sepanjang tempoh kehamilan itu, Rayyan sentiasa berada di samping adiknya. Menjaga dan melindunginya dengan sepenuh hati.

“Tapi, ternyata penderitaan Rose memang terlalu banyak. Seperti tidak pernah tamat…”

Aku memandang wajah sedih Rayyan bersama tangisan di pipi. Ya, sejak Rayyan mula menceritakan kisah Rose, mataku seperti tidak henti-henti mengalirkan air mata.

“Masa dia mahu lahirkan Zahra, dia menghadapi komplikasi yang sangat teruk. Hinggakan dia…dia….”

Rayyan menggenggam tangannya erat. Aku tahu dia sedang berusaha menahan perasaan sedih dan terluka yang membuak-buak dalam dirinya. Air mata lelakinya yang menitis di pipi juga tidak dihiraukan.

Aku sedikit tergamam melihatkan air mata itu. Lagak serius yang sering terpamer pada wajahnya hilang entah ke mana. Kini, yang jelas di hadapanku hanyalah seorang lelaki dengan duka yang dalam.

“Dia koma selama dua bulan sebelum....”

Rayyan menghentikan kata-katanya sebelum menyambung lagi.

“Sebelum…sebelum…dia….”

“Rayyan, awak tak perlu cerita lagi. Stop it. It’s hurting you.” Aku menyampuk.

“Awak tahu tak, Fira….Rose…dia..dia tak sempat pun nak tengok Zahra. Not..not even once.” Rayyan menyambung lagi tanpa mempedulikan tegahanku tadi.

Tatkala mendengar kata-katanya itu, air mataku tambah merembes keluar. Aku seperti dapat membayangkan penderitaan arwah Rose dan juga Rayyan sendiri. Aku mula menangis teresak-esak.

Perlahan Rayyan mengambil tisu dan menyerahkannya kepadaku.

“Uhuk…uhuk…t…th..”

“It’s me who should thank you.”

Aku memandang Rayyan dengan pandangan yang penuh tanda tanya.

“For being by my side, for taking care of Zahra and for listening to me tonight.”

Tercuit rasa terharu dalam hatiku tatkala Rayyan berterima kasih begitu. Wajahnya kelihatan sangat tulus.

“Tapi sekarang, saya tak tahu berapa lama lagi Zahra akan bersama kita.”

“Ke..ke…napa?” soalku diselangai esak tangisanku.

Rayyan terdiam seketika sebelum bercerita kepadaku. Menurutnya, keluarga arwah suami Rose mahu mendapatkan hak penjagaan terhadap Zahra.

“And according to my lawyer, peluang untuk diorang menang kes ni lebih tinggi.”

“Kenapa?” Pantas aku menyoal.

“Because I’m a bachelor. Datuk, nenek Zahra kononnya boleh bagi keluarga sempurna untuk Zahra. Saya pula orang bujang. Apa yang lelaki bujang macam saya boleh buat untuk bayi sekecil Zahra? Macam mana saya nak jaga Zahra?”

Penjelasan Rayyan membuatkan aku sedikit terdiam. Baru kini aku mengerti kenapa Rayyan beriya-iya benar mahu mengahwiniku. Mungkin dia merasakan bahawa dengan berkahwin, peluang untuknya memenangi hak penjagaan ke atas Zahra lebih cerah.

“Sebab tu awak nak kahwin dengan saya?” Perlahan aku menyoal. Ada nada sendu dalam suaraku.

Rayyan tidak menjawab, sebaliknya dia hanya memandangku dengan pandangan mata yang redup. Dan aku seperti dapat melihat bayangan rasa bersalah pada wajahnya.

*************************

“Sekarang tiada siapa boleh rampas Zahra daripada saya,” ucap Rayyan di luar mahkamah. Pihak mahkamah akhirnya telah menyerahkan hak penjagaan kepada Rayyan.

Aku memandang wajahnya sekilas. Terpampang wajah yang penuh kesyukuran dan kegembiraan.

“Alhamdulillah. So sekarang awak tak perlu risau lagi. Zahra will always be with you,” jawabku jujur.

“Us. She will always be with us.” Rayyan membetulkan kenyataanku tadi sambil menggenggam erat kedua tanganku. Sesaat kemudian dia mengucup tangan itu.

Aku sedikit terpana. Namun aku membiarkan sahaja. Bukan sekali dua dia pernah bertindak begitu, sudah acap kali.

“Terima kasih sebab sudi mengahwini saya, Fira.” Lembut suara Rayyan menuturkan kata-kata.

Ya, aku kini telah menjadi isterinya yang sah. Kami berkahwin tiga bulan yang lalu. Entahlah, sehingga kini aku sendiri tidak mengerti kenapa aku setuju mengahwini lelaki di hadapanku ini. Akalku sering kali mengatakan bahawa aku bersetuju demi Zahra. Namun hatiku seperti tidak sehaluan dengan akalku ini. Aku sendiri serba salah jadinya. Aku bingung!

Adakah aku sebenarnya sudah jatuh cinta pada Rayyan? Dan aku mengahwininya kerana rasa cinta itu?

“Fira, Fira…”

Aku sedikit tersentak. Oh, aku mengelamun di hadapannya.

“Are you okay?” Sekali lagi lembut suara yang terpacul keluar dari mulut Rayyan.

Aku menganggukkan kepalaku perlahan. Rayyan merenungku dengan tajam. Lagaknya seperti tidak percaya.

“I’m okay.” Aku menjawab sekali lagi. Tegas.

Rayyan tiba-tiba sahaja menyentuh dan mengusap pipiku dengan lembut. Renungan tajamnya tadi kini bertukar menjadi pandangan yang sangat lunak.

“You know….saya tak mahu apa-apa jadi pada awak. So kalau awak rasa tak sihat ke, tak okey ke..apa-apalah, saya tak nak awak rahsiakan daripada saya.”

Mendengarkan kata-katanya, saat itu juga aku pasti apa yang telah terjadi padaku. Ya, aku mencintai dia!

“Saya cintakan awak.”

Ingin sahaja aku mengaku begitu di hadapannya. Namun aku tahu Rayyan tidak punya sekelumit pun perasaan istimewa buatku. Jadi biarlah perasaanku itu menjadi rahsia dalam hatiku.

“Saya…saya tahu. Tapi saya tak apa-apa. Maybe letih sikit kot,” jawabku akhirnya sambil tersenyum tawar.

“Yelah, dari tadi kat dalam mahkamah. Dahlah dalam tu panas, kan?”

Aku mengangguk sedikit.

“Jomlah. Kita balik,” ujar Rayyan.

Aku mengangguk lagi sambil mataku memandang Rayyan yang sedang beracah dengan Zahra yang berada di dalam stroller.

“Jom, Zahra sayang. Jom balik rumah. Ibu letih tu…”

Terbit senyuman di bibirku. Panggilan ‘ibu’ itu sering kali menenangkan hatiku.

Setibanya kami di kereta, telefon bimbitku tiba-tiba berdering. Rayyan mengerling ke arahku.

“Umi,” ujarku pendek sebelum menyambut panggilan itu.

“Alhamdulillah. Mahkamah bagi hak penjagaan pada kitorang,” jawabku setelah disoal oleh Umi Natrah tentang keputusan mahkamah.

Di hujung telingaku, aku dapat mendengar nafas lega umi dan beberapa kali ucapan Alhamdulillah yang diucapkan umi. Nampaknya umi juga gembira dengan keputusan itu.

“Lunch sama-sama? Erm…nanti Fira tanya Rayyan dulu. Fira call balik, ya,” balasku pada Umi Natrah tatkala umi meminta kami makan tengah hari bersama-sama di Rumah Anak-anak Yatim Nur Kasih.

“Assalamualaikum, umi.”

“Umi ajak lunch?” Pantas sahaja Rayyan menyoalku setelah aku menamatkan perbualanku dengan Umi Natrah. Zahra telah pun dia letakkan di dalam kereta.

“A’ah. Boleh tak? Umi cakap dia dah rindu sangat kat saya dengan Zahra,” jawabku sambil mengambil tempat duduk di sebelah pemandu.

Rayyan mengerutkan dahi seolah-olah memikirkan sesuatu. Dia tidak mahukah?

“Erm…Abang Haikal….dia ada sekali jugak ke?” Lambat-lambat Rayyan menyoal dengan gaya tidak selesa. Tangannya memakai tali pinggang keledar.

Teringat aku pada hubungan Rayyan yang agak dingin dengan Abang Haikal, abang angkatku. Sebelum perkahwinan kami lagi, hubungan mereka berdua memang begitu. Dahulu, apabila aku mengkhabarkan berita mahu mengahwini Rayyan, Abang Haikal beriya-iya membantah keputusanku. Katanya aku belum cukup mengenali Rayyan, jadi bagaimana aku boleh bersetuju mengahwini Rayyan?

Walaupun berulang kali, aku mengatakan bahawa aku mencintai Rayyan, Abang Haikal tetap juga dengan karenahnya. Ya, aku mengaku di hadapan Umi Natrah dan Abang Haikal bahawa aku bersetuju mengahwini Rayyan kerana rasa cinta. Aku bukan gila untuk memberitahu hal sebenar kepada mereka.

“Adalah kot. Dia kan memang duk kat situ,” jawabku jujur.

Rayyan mendengus kasar.

“Saya tak suka dia.” Keras jawapan Rayyan.

Aku mengerutkan dahi. Eh, suka hati dia je cakap tak suka kat Abang Haikal!

Bagiku Abang Haikal adalah sebaik-baik abang dalam dunia ni. Dari dahulu lagi, dia menjadi tempat aku mengadu dan sering kali melindungi aku sewaktu aku tinggal di Rumah Anak-anak Yatim Nur Kasih. Dia memanjakan aku dan sangat-sangat menyayangiku.

“Suka hati awak je tak suka kat dia. Dia abang saya, tahu tak?” bentakku, kegeraman.

Rayyan menoleh ke arahku dan merenungku tajam.

“Abang angkat. Dia abang angkat awak.”

Aku mengetap bibir, menahan rasa marah yang semakin menyusup masuk dalam hatiku.

“Abang angkat ke abang betul ke, dia tetap abang saya!”

“Mana sama!”

Aku dan Rayyan berbalas renungan tajam. Dada masing-masing sudah mula berombak.

“Huh, apa pun saya tetap nak balik lunch dengan umi.” Akhirnya aku membuat keputusan sendiri.

“Kalau saya tak benarkan?” jawab Rayyan keras.

Membuntang mataku mendengarkan jawapan itu. Amboi, nak guna kuasa veto nampak!

“Awak…awak….memang…” Kata-kataku tersekat-sekat. Sukar untuk aku gambarkan perasaan geramku pada suamiku ini.

“Huh, suka hati awaklah!” jawabku akhirnya. Malas mahu bertekak lagi. Buat sakit jiwa je!

***********************

“Sedap umi masak. Thanks, umi!” ujarku sambil memeluk lengan Umi Natrah dengan manja.

Mataku dijeling ke arah Rayyan yang sedang bermain-main dengan Zahra. Tadi aku betul-betul menyangka dia tidak mahu membawaku makan tengah hari bersama umi dan Abang Haikal. Namun tiba-tiba sahaja dia memintaku menelefon umi untuk memberitahu tentang persetujuan kami. Itupun dengan muka yang masam mencuka. Nampak sangat dia tidak ikhlas bersetuju. Bila disoal, jawapan yang diberikan membuatkan aku sedikit tergamam.

“Saya bukannya suami yang kejam, tak benarkan isteri sendiri nak jumpa keluarga.”

Ya, itulah jawapan yang diberikan Rayyan. Mungkin kedengaran kasar, tetapi cukup mengenali dia, aku tahu Rayyan sebenarnya mahu menggembirakanku. Sejak mengahwininya, dia sering kali memberikan apa sahaja yang aku ingini. Dengan caranya yang agak dingin, dia sentiasa membuatkan aku rasa dihargai. Ah, suamiku yang seorang ini benar-benar pelik!

“Fira…” Telingaku menangkap satu suara yang sangat dikenali.

“Abang Haikal! Kenapa?”

Abang Haikal tersenyum padaku.

“Saja nak datang bertegur sapa dengan adik abang seorang ni. Takkan dengan umi je Fira nak peluk-peluk? Dengan abang?” gurau Abang Haikal sambil mendepakan tangan.

“Isy, kamu ni! Ada hati nak peluk isteri orang!” marah umi Natrah seraya menampar bahu Abang Haikal.

Aku tertawa. Abang Haikal memang begitu, suka bergurau.

“Ehem…”

Spontan aku menoleh. Bila masa pula Rayyan berdiri di sebelahku? Aku memandang wajahnya yang tampak tegang. Apa pula yang dia marah kali ni?

“Umi, saya rasa kami kena balik sekaranglah,” ujar Rayyan pada Umi Natrah.

“Ala, dah nak balik ke? Kenapa cepat sangat?” Umi Natrah menjawab.

“Yelah, kenapa cepat sangat?” Kali ini Abang Haikal pula yang bersuara. Matanya merenung Rayyan dengan tajam. Wajahnya juga tegang.

Aku tergamam. Habislah! Dua orang lelaki di sebelahku mahu bertegang urat pulak ke? Bilalah diorang ni nak terima diri masing-masing?

“Fira ada hal lepas ni. Rayyan pulak nak temankan Fira.” Cepat-cepat aku menjawab, tidak mahu keadaan yang sudah pun tegang semakin panas. Tangan Rayyan pula aku genggam kuat-kuat, cuba menenangkan dia dengan sentuhanku.

‘Terpaksalah berbohong. Sorry, umi, abang Haikal…’ bisik hatiku.

************************

“Kenapa dengan Abang Haikal kesayangan awak tu?” Keras soalan Rayyan padaku.

Aku mengerutkan dahi. Dia masih tak puas hati tentang kejadian tengah hari tadi ke?

“Kita cakap kat luar,” jawabku sambil mengerling ke arah Zahra yang baru sahaja aku tidurkan.

Rayyan mendengus sedikit sambil melangkah keluar dari bilik tidur Zahra.

“Apa lagi ni, Rayyan?” soalku setelah kami sama-sama berada di ruang tamu.

“Abang Haikal awak tu…yang dia mengada-ngada nak peluk awak tu kenapa?”

Jika tidak kerana wajah Rayyan yang menyinga, mahu sahaja aku ketawa mendengarkan soalan Rayyan. Takkanlah dia anggap gurauan Abang Haikal tu sebagai betul kot?

“Eh, awak ni. Dia bergurau jelah,” balasku bersahaja.

“Kalau bergurau pun, ada hadnya. Bukannya dengan nak peluk isteri orang. Lelaki jenis apa dia tu? Gatal nak peluk-peluk awak.”

Tersentap hatiku tatkala mendengarkan kata-kata Rayyan. Eh, ini dah lebih ni! Macam jatuhkan maruah Abang Haikal pulak.

“Awak ni tak faham ke? Dia bergurau je. Awak jangan nak cakap dia gatal ke apa ke. Saya tak suka!” bentakku.

“Awak tak suka saya cakap dia gatal atau awak tak suka sebab dia tak dapat peluk awak?” Keras sindiran Rayyan.

Tersirap darah ke mukaku. Perasaan geram dan marah menyerbu masuk.

“Apa awak merepek ni?”

“Saya boleh nampaklah, Fira. Bukan main lagi awak ketawa bila dengan dia. Happy sangat. Sampaikan saya kat sebelah pun awak tak perasan.” Lagi sindiran keras yang meluncur keluar dari mulut Rayyan.

Aku mendengus, menahan marah.

“Memang saya happy dengan dia. Dia abang saya, saya adik dia…”

“Awak betul-betul rasa dia anggap awak…adik dia ke?”

Aku mengerutkan dahi. Apa maksud Rayyan?

“Apa awak cakap ni?”

“Saya ni lelaki, Fira. Saya tahu apa yang dia fikir pasal awak daripada cara dia pandang awak.”

Aku semakin dapat memahami maksud Rayyan. Gila! Tak mungkin Abang Haikal punya perasaan yang lebih-lebih terhadapku.

“Awak jangan nak reka cerita. Tolong hormat sikit pada Abang Haikal.” Keras jawapanku.

“Huh! Hormat? Kenapa saya nak hormat pada lelaki yang ada hati pada isteri orang?”

Jawapan Rayyan benar-benar membuatkan hatiku mendidih. Kenapa Rayyan tak habis-habis nak menjatuhkan maruah Abang Haikal?

“Kalau ya pun dia ada hati pada saya, so kenapa??” balasku penuh kegeraman. Entah kenapa, berani sahaja aku menjawab begitu.

“So kenapa, awak cakap? Awak tu isteri saya!” Lantang suara Rayyan menjawab. Matanya mencerlung ke arahku. Berapi dengan api kemarahan.

Aku merenung dia kembali. Tajam.

“Isteri? Isteri ke babysitter??” jawabku kembali. Suaraku meninggi.

Rayyan terdiam sejenak.

“Dari dulu sampai sekarang, awak cuma anggap saya ni babysitter Zahra, kan?” Lagi aku bersuara. Hatiku terasa pedih.

Tanpa disangka-sangka Rayyan tiba-tiba sahaja menarik tubuhku ke arahnya dan mencengkam kedua bahuku.

“Saya yang anggap awak babysitter, atau awak yang anggap diri awak macam tu?” Rayyan menjawab dingin.

Aku tercengang. Apa maksud dia?

“Saya sentiasa letakkan diri saya sebagai suami awak. Saya selalu ingat tu. Tapi, awak…bila saya nak dekat dengan awak, bila saya cuba sentuh awak…awak menolak.”

Darah panas segera menyerbu ke wajahku. Malu bercampur marah!

“Jadi itu yang membuatkan awak rasa saya ni isteri awak? Cuma tempat untuk awak lepaskan nafsu awak, macam tu??”

Tanpa sedar, laju sahaja aku menjawab begitu. Aku sendiri terpana dengan jawapanku itu. Riak wajah Rayyan kulihat berubah. Aku seakan dapat melihat kekecewaan pada riak wajahnya. Perlahan dia melepaskan pegangan tangannya pada bahuku.

“Itu ke yang awak fikir tentang saya? Serendah itu ke diri saya pada pandangan mata awak?” Perlahan suara Rayyan. Ada nada sendu pada suara itu. Matanya pula seakan-akan berkaca-kaca, penuh dengan kekecewaan dan rasa terkilan.

Aku terkedu.

Mataku terkebil-kebil memandang Rayyan yang sudah membelakangiku dan menapak pergi, meninggalkan aku yang masih lagi terdiam tanpa suara.

‘Ya Allah! Apa yang aku dah buat ni? Aku dah sakitkan hati suami aku sendiri…’

**********************************

Aku membalikkan tubuhku ke kiri dan kemudian ke kanan. Sesaat kemudian aku bingkas bangun. Susahnya nak tidur!

“Serendah itu ke diri saya pada pandangan mata awak?”

Lagi suara yang bernada lirih itu terngiang di telingaku, menghadirkan rasa bersalah dalam hatiku. Aku benar-benar berasa bersalah atas apa yang telah aku katakan pada Rayyan siang tadi. Ah, aku begitu mengikut perasaan!

Aku tahu Rayyan bukan begitu, Rayyan tidak pernah menganggap aku begitu. Kalau itu yang dia rasakan tentang aku, sudah lama dia memaksaku melunaskan tanggungwabku yang satu itu. Dia ada kuasa dan hak atasku. Malah, ke atas setiap inci tubuhku! Tetapi tidak pernah sekali pun dia meminta aku tidur bersamanya. Ya, kadang-kala dia ada memberikan hint yang selalu sahaja aku abaikan. Cuma hint, tiada kata-kata, tiada rayuan apalagi paksaan.

‘Ya Allah! Berdosanya aku…’ bisik hatiku.

Perlahan air mataku bergenang di tubir mata, bersama rasa bersalah yang amat sangat. Air mata itu mengalir sedikit demi sedikit di pipi. Lambat-lambat aku bangun dari katil dan melangkah keluar, menuju ke bilik Rayyan yang terletak bertentangan dengan bilikku.

Aku terpaku di hadapan pintu, teragak-agak mahu mengetuk. Perasaan bersalah dan malu bercampur baur. Bersalah atas apa yang telah aku katakan. Malu kerana inilah pertama kali aku mahu berbicara soal hati, soal perasaan dan mungkin juga akan menjurus ke arah tanggungjawabku sebagai seorang isteri.

Sedang aku tercegat di situ, tiba-tiba sahaja pintu bilik dibuka dari dalam. Aku sedikit terperanjat.

“Eh, Fira! Awak buat apa kat depan ni?” Terus sahaja Rayyan menyoal.

Aku tidak menjawab, hanya mata yang terkebil-kebil memandangnya.

“Awak menangis? Kenapa ni?” Suara Rayyan penuh dengan rasa ambil berat.

Aku tidak dapat menahan diri. Lagi air mataku merembes keluar. Tanganku ditarik perlahan oleh Rayyan, memasuki biliknya. Aku mengikut tanpa kata dan aku akhirnya duduk di birai katil. Rayyan melutut di hadapanku.

“Hey, what’s wrong?” Lembut suara Rayyan sambil menyeka air mataku penuh hati-hati.

“Sa…sa..saya minta ma…maaf,” jawabku dalam sendu.

“For?”

“Tadi. Sa…saya…sa…sakit…sakitkan..hati awak…”

Rayyan sedikit terdiam. Aku dapat melihat dengan jelas wajahnya yang masih lagi mempamerkan rasa tersinggung. Nampaknya dia benar-benar terasa hati dengan kata-kataku tadi. Lagi bertamu rasa bersalah dalam hatiku.

“Just forget it,” jawab Rayyan akhirnya.

“Tak boleh! Mana boleh lupakan macam tu je!” Laju sahaja aku membantah.

“Habis tu?” soal Rayyan kembali. Wajahnya sedikit tegang.

Perlahan aku mengambil kedua tangan Rayyan dan mengenggamnya erat. Rayyan memandangku tanpa kata. Ada tanda tanya pada wajahnya.

“I’m sorry. Saya tak tahu kenapa saya cakap macam tu.” Lembut aku bersuara.

Rayyan tidak terus menjawab, sebaliknya dia bangun dan mengambil tempat duduk di sebelahku. Dia kemudiannya mengeluh perlahan.

“Saya tahu kenapa. Sebab di satu sudut hati awak, memang awak anggap saya macam tu.”

Spontan aku menoleh ke arahnya.

“No, I’m not!” Bangkangku. Tidak pernah aku berfikir begitu tentangnya. Tidak pernah!

“Or maybe you’re scared of me. Takut untuk terima saya,” sambung Rayyan lagi tanpa mempedulikan bantahanku tadi.

Aku terdiam. Dalam hati, aku bersetuju dengan kenyataan yang baru diucapkannya.

“The second one…is right, isn’t it?” soal Rayyan setelah aku tidak menjawab kata-katanya sebentar tadi.

Aku menarik nafas panjang, cuba mencari ketenangan dan kekuatan untuk meluahkan apa yang kurasakan saat ini.

“Saya takut…awak..awak tak…” Tergagap-gagap suaraku.

Rayyan menanti dengan tenang agar aku menyudahkan apa sahaja yang akan aku ucapkan.

“Awak tak rasa apa yang saya rasa pada awak!” Laju aku menuturkan kata-kata. Suaraku bergetar dengan rasa debar yang semakin lama semakin menggebu dalam diri.

“Boleh saya tahu, apa yang awak rasa pada saya tu?” Rayyan menyoal dengan lembut. Matanya tidak habis-habis merenungku.

Serta-merta wajahku terasa panas. Apa yang aku rasa padanya? Aku cintakan dia! Tetapi tidak mungkin aku akan meluahkannya terang-terangan sedangkan aku tahu dia tidak mencintai aku.

“Tak ada gunanya saya bagitahu awak. Sebab…sebab…awak kahwin dengan saya demi Zahra. So apa yang saya rasa pada awak tak penting pun.” Aku menjawab bersama hati yang hiba.

Rayyan tiba-tiba sahaja memegang pipiku, membuatkan aku tergamam.

“Sape cakap saya kahwin dengan awak demi Zahra semata-mata?”

Aku mengerutkan dahi.

“Yes, I know. That’s the real reason. Tapi semakin lama saya kenal awak…saya jadi…”

“Jadi apa, Rayyan?”

“Tak kenal diri saya lagi. Saya selalu cakap pada awak, kan…yang saya tak percayakan cinta. Lepas apa yang jadi pada Rose, saya jadi…bencikan cinta,” jelas Rayyan perlahan. Tangannya tetap seperti tadi, terletak elok pada pipiku.

Aku seperti dapat merasakan apa yang akan diucapkan Rayyan. Hatiku tiba-tiba diserbu harapan. Ya, aku berharap Rayyan akan mengucapakan sesuatu yang amat ingin aku dengar dari mulutnya.

“Tapi, apa yang jadi pada Rose tak semestinya akan jadi pada awak,” jawabku sambil mataku bertentang dengan sepasang mata bundar milik Rayyan.

“Yes. Dan saya tahu itu lepas saya kahwin dengan awak. Selama kita bersama, you always put up with me, tak pernah sekalipun tinggalkan saya walaupun saya selalu je kasar, dingin dengan awak…”

Aku tersenyum.

“Tapi dengan cara dingin, macho awak tu…awak selalu berikan apa yang saya nak, kan? Selalu gembirakan saya,” sambungku.

Rayyan tergelak.

“Dingin pun boleh gembirakan awak?” soal Rayyan dengan kerut di dahi.

“Because it’s just soooo you! Serius, dingin….tapi lembut,” balasku bersahaja.

Rayyan tertawa lagi. Aku tersenyum senang. Jarang-jarang sekali Rayyan ketawa begitu, dan ternyata ketawanya benar-benar menggembirakan hatiku.

Tanpa disangka-sangka Rayyan menarikku ke dalam pelukannya. Aku terkedu.

“Saya…saya cintakan awak, Syafira.” Telingaku seperti mendengar ucapan cinta yang terluncur keluar dari mulut Rayyan. Cukup perlahan.

Automatik aku menolak tubuh Rayyan, meleraikan pelukan.

“Apa awak cakap tadi?”

Rayyan tersenyum manis. Tanpa suara dia mendekatkan wajahnya padaku dan mengucup bibirku lembut.

Terbeliak mataku dengan tindakannya yang tiba-tiba itu. Namun sekejap cuma, kerana sesaat kemudian aku mula memejamkan mataku rapat-rapat.

Dan jantungku mula menjerit…

“Saya cintakan awak, Rayyan!!!”

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

40 comments:

  1. suweettt..
    dan jantungku mula menjerit....

    ReplyDelete
  2. Best.. so sweet... akhirnya bercinta juga diorang ni ye.. sara ni mesti banyak tengok cite hantu.. abis kuar macam2 hantu kat dlm cerpen nie.. hihi

    ReplyDelete
  3. sweet..giler..berdebar2 bce cerpen ni..haaahaha

    ReplyDelete
  4. hatiku pun menjerit,,

    bestttttttt sgtt cerita ni,,hehehe

    ReplyDelete
  5. alalalalala sara.
    sweetnye *senyum

    ReplyDelete
  6. thumbs up tuk kak sara!!
    kak sara buat citer memang meletOOp lar..
    bestt sgt..^-^

    ReplyDelete
  7. omel yea..... hehehhe
    suka la ending dia... hehehehehe

    ReplyDelete
  8. comell!! hehe best sgt cter ni..huhu :D nice job writers.. full marks..crpen ni mmg best n x kaku :D hehe

    ReplyDelete
  9. Heee. Sweeet ;)

    p/s: Sara.. hahaha all I remembered is Katsara.. tengok tak lakorn tu? :)

    ReplyDelete
  10. "life As We Know It" versi malay..gud job sara, like it very much..

    ReplyDelete
  11. wahhhhh...syok giler citer nie...
    sambung la part 2..

    ReplyDelete
  12. nak kata apa ek...hehe
    mmg best laa sara...
    kata takut tgk citer hantu..
    ni mesti sebelah mata pejam, sebelah mata celik time tgk citer ni..tau plak movement hantu camner ek..hehe

    ReplyDelete
  13. ednin: katsara tu nm nang'ek dia kan? citer ape ek? khun kamathep ke ap ntah...rs cm tau, tp cm blm tgk...hehe

    ReplyDelete
  14. paujia bella: life as we know it? itu filem ke? hehe, nmpk sgt x tgk file hollywood sgt...thx, btw

    ReplyDelete
  15. miss da: klu sy smbg part 2, rsnye takkan jdk part 2...trs jdk novel...hehe

    ReplyDelete
  16. kak lien: haha, akak ni tau2 je....mmg tu lar yg sy wat, tiap kali tgk citer hantu, mesti akn peluk bantal wat tutup muka, pastu intai2 skit...=)

    ReplyDelete
  17. sara..... ju on kat belakang!!!! hahahaaa

    ReplyDelete
  18. apocot!!!! ju-on...tolong!!!! hehe

    ReplyDelete
  19. soooo sweet.. sara best nye.. love it.. ^^v

    ReplyDelete
  20. peningkiripa, abc: thx, darlings!!! hehe

    ReplyDelete
  21. best gila!! sweet, touching! lengkap atu pakej...waa...best sampai nak menangis rasa...huhu... =)

    ReplyDelete
  22. sweet sangat kisah Fira dengan Rayyan ni...

    ReplyDelete
  23. Best sgt crita ni sara...

    ReplyDelete
  24. Best la citer ni!!!!
    :-)

    ReplyDelete
  25. so gggggggg....sweet nyerr!!!-iezahtakuya

    ReplyDelete
  26. buat novel lagi bagus or drama and filem. 😆😆😆 hehehe gurau ajo.

    ReplyDelete