Pertama kali menderma darah

Alhamdulillah, hari ini saya berjaya membuat sesuatu yang dah lama saya nak buat, iaitu menderma darah!! Kenapa saya cakap 'lama nak buat'?? Sebenarnya berat saya selalunya tidak mencapai berat yang membolehkan kita derma darah. Berapa ya? Tidak lain tidak bukan 45 kg.

Yup, hari ini bila timbang berat dah tepat-tepat 45 kg. Aduh, patut lar rasa dah gemuk sekarang...huwaa!!! Tapi tak apa, sebelum saya mulakan misi mengurangkan berat lagi, lebih baik saya gunakan berat 45 kg ini dan pergi menderma darah, kan?? 

Kebetulan pula PPUM buat roadshow derma darah kat tempat kerja hari ini, so dengan tak perlu susah-susah sangat, saya pun pergilah derma darah. Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang boleh merencatkan rancangan derma darah ni a.k.a hemoglobin tak cukup or makan ubat dalam masa seminggu ni or 'period'. Dengan itu berjaya jugak akhirnya derma darah buat pertama kalinya (walaupun ada rasa takut bila nurse tu cucuk jarum..hehe)

p/s: agak-agak sapae dapat darah saya tu ya?? haha!!

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. sy baru skali derma darah dan saya pitam waktu tu. jadi, sy cuma boleh derma sikit saja.. agak malu tapi nasib bek ada doktor hensem datang tenangkan saya. hahahaaa

    ReplyDelete
  2. wow!! part dr hensem dtg tu best!! haha!!!
    sy semalm?? tgk muka nurse garang je lah...hehe

    ReplyDelete