Kesedihan itu sebahagian daripada kehidupan

Sudah tiga minggu berturut-turut saya menerima berita kematian orang yang saya kenal. Yang pertama merupakan seorang yang amat rapat dengan saya. Arwah selamat dikebumikan 3 minggu yang lepas. Maaflah kerana  tidak menulis tentang permergiannya waktu itu. Entahlah, waktu itu saya rasa macam tak sanggup untuk tulis pasal arwah. Malah, kalau boleh tak mahu ingat yang saya dah pun kehilangannya. I was in denial, perhaps!

Seminggu selepas itu, suami kepada teman sepejabat 'pergi'. Walaupun saya tak kenal rapat, tapi saya pernah bertemunya. Bergurau dan bergelak-ketawa. Jadi, pemergiannya memang agak memeranjatkan.

Semalam pula, presiden SIRIM selamat kembali ke rahmatullah. Serius, berita ini sangat memeranjatkan seisi SIRIM Berhad. Arwah merupakan seorang yang sangat 'fatherly', baik dan juga sangat 'down-to-earth'. Jadi pemergiannya sangat dirasai oleh semua.

Sama-samalah kita mendoakan kebahagian mereka di 'sana' dan semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan sentiasa berada di sisi-Nya. Dan sama-samalah juga kita bersedekah al-Fatihah dan Yasin, insya' Allah.

Amin ya rabbalalamin...


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

1 comments:

  1. sesungguhnya dari Dia kita datang..& dari Dia juga kita kembali..kematian itu suatu yang pasti..Al-fatihah..

    ReplyDelete