Semakin hari manusia semakin kejam...

Tengok tak berita malam ni? Saya tak tengok pun, tapi cukuplah tengok iklan Buletin Utama kat TV. Sedutan berita yang cukup menyedihkan, yang membuatkan saya tak sanggup nak tengok...

Sedutan yang saya maksudkan ialah pasal bayi baru lahir yang dicampak dari tingkat 5. Astaghfirullahalazim....sanggup manusia (dah tak boleh panggil manusia kot!!) yang bertanggungjawab tu buat cam tu?
Bayi tu tak salah apa pun, belum sempat pun arwah nak hirup udara kat dunia (yang dah makin kotor ni), tiba-tiba nyawa dia melayang macam tu.

Serius, betul-betul tersentuh hati ni. Macam nak menangis. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni? Kenapa kekejaman yang berlaku tu sampai tahap yang langsung akal normal tak boleh fikirkan???

Semoga roh bayi tu tenang kat sana. Yang pasti dia dah pun masuk syurga, dijaga oleh Nabi Ibrahim kat sana. Amin....

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment