Novel -----> Drama, Filem, Teater???

Entri ini adalah kesinambungan kepada entri sebelum ini tentang novel yang diadaptasi kepada filem, atau drama, atau teater.

So, korang semua tahu tak drama/filem apa yang diadaptasi dari novel dan dah pernah/sedang ditayangkan? 

Ok, tengok bawah ni:

1) Tak Tercapai Akalmu (Cinta Pertama)
2) Tangisan Bulan Madu
3) Lagenda Budak Setan
4) Kau Laksana Bulan
5) Dari Mata Arissa (Kau Sayangku)
6) Trilogi Cinta (Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian, Tiada Lagi Mimpi)
7) Nora Elena (Kasih Yang Suci)

Dan yang dalam proses untuk tontonan umum:

1) Filem Ombak Rindu
2) Teater Salina
3) Teater Badai Semalam
4) Stanza Cinta

Dan akhir sekali, yang akan datang...coming soon!!!!

1) Jauh
2) Kau Yang Satu
3) Manisnya Cinta
4) Kau Untukku
5) Tiada Yang Kedua
6) Bayangan Rindu
7) Adam & Hawa

Kalau korang perasan, dalam list coming soon kat atas, tiga daripadanya novel Aisya Sofea, salah seorang penulis yang saya paling minat. Tahniah kak Aisya Sofea. Kaya lah akak lepas ni, ye...haha!! Antara 7 yang coming soon ni, saya paling teruja dengan Adam & Hawa. Sebab saya suka sangat novel tu!!!

Honestly, saya tak sangka Salina pun akan dijadikan teater. Gempak tu!!! Ok, sape-sape yang tak kenal novel Salina, saya nak cakap.."Korang ni tak kenal A. Samad Said ke? Atau tak belajar novel Salina masa kat sekolah subjek KOMSAS?" Hehe...

Dan pasal Badai Semalam pulak, ini memang novel sepanjang zaman. It's classic!!! Novel ini ditulis oleh novelis Khadijah Hashim. Saya baca ni masa saya budak-budak dulu. Novel tu ibu yang punya. Yup, ini novel zaman mak-mak kita. In fact, mak-mak kita belajar novel tu dalam subjek kesusasteraan melayu diorang. Serius mengagumkan, novel yang tak telan dimakan zaman. Kalaulah saya pun boleh buat macam tu...hmmmm....

Anyway, dalam teater Badai Semalam ni, diuar-uarkan watak utama adalah.....jeng, jeng, jeng....
Aaron Aziz!!! Yes, our Seth...haha!!
Dan pasanganya adalah....Erra Fazira!!!
Ini semua saya tak betul-betul pasti. Tapi kan, Aaron Aziz memang pilihan ramai sebagai hero untuk cerita-cerita yang diadaptasi dari novel, kan??

So, let's wait and see dengan perasaan yang sungguh teruja...=)

p/s: saya dapat list coming soon tu dari paper Metro, so agak boleh dipercayai kesahihannya...

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

4 comments:

  1. sarah... cite stanza cinta dari novel mane yek??

    ReplyDelete
  2. novel stanza cinta, karya Nurul Hallawati

    ReplyDelete
  3. sara, serious ke Adam dan Hawa tu???sapakah pelakonnya?

    ReplyDelete
  4. a'ah, mengikut metro tulah...
    tapi x tau lg sape pelakonnya...hehe

    ReplyDelete