Aaron Aziz lagi!!! Dalam Stanza Cinta pulak....=)

 ~Drama Stanza Cinta~

Seperti yang saya uar-uarkan dua, tiga menjak ni, Aaron Aziz sangatlah popular sebagai hero bagi drama atau filem yang diadapatasi dari novel.

1) Nora Elena
2) Ombak Rindu
3) Teater Badai Semalam (Tak sure sangat pasal ni)

dan.....

4) Stanza Cinta

Yup, drama Stanza Cinta yang bakal ditayangkan di TV3 adalah adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama, Stanza Cinta nukilan Nurull Halawati. Berikut adalah info lebih lanjut pasal drama ini:

Tajuk drama: Stanza Cinta
Stesen TV: TV3
Waktu tayangan: Setiap hari Ahad, 9 malam (bermula pada 19 Jun 2011)
Jumlah episod: 13
Arahan: Along Kamaludin
Pelakon: Aaron Aziz sebagai Irfan Ikmal
Nur Fathia sebagai Amni Sorfina
Fizz Fairuz sebagai Taufiq Imran

~Novel Stanza Cinta~

Sejujurnya, saya sendiri tak pernah baca novel ni. In fact, tak pernah dengar pun. Kurang promosi kot. Tapi apa-apa pun, menurut review yang saya dapat, novel ini memang best, memberikan banyak pengajaran kepada kita. Novel ini bukan seperti novel komersial sangat, tapi lebih kepada sedikit Islamic. Ala-ala Ayat-ayat Cinta kot, saya pun tak sure (memandangkan saya tak baca lagi). Dan bila saya baca sinopsis drama ni, teringat pulak pada Nur Kasih. Tambah pulak Aidil...opps, Fizz Fairuz pun ada dalam ni.

Stanza Cinta menceritakan tentang cinta antara Amni Sorfina (Nur Fathia), Irfan Ikmal (Aaron Aziz) dan Taufiq Imran (Fizz Fairuz). Irfan merupakan tunang kepada Amni, tetapi cinta hati Amni adalah Taufiq, lelaki pertama yang dicintainya.

So, jom baca sinopsis Stanza Cinta. Sinopsis ni saya dapat dari blog Nurull Halawati.

Sinopsis:

Amni Sorfina (Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”

Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina

p/s: sama-samalah kita menanti tayangan Stanza Cinta..=)

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

7 comments:

  1. Aaron Aziz again? For those who likes him, it would be candy to their eyes. Hehe.

    ReplyDelete
  2. haha,so true!!! but if too often, people will get....hmmm...bored???

    ReplyDelete
  3. never bored wif aaron..hahaha..

    ade eh novel stanza cinta?? tktau plak.. tak sbr nak tgok..

    ReplyDelete
  4. someone heads over heels ngn aaron mmg akn cm tu (termasuk sy)..haha!!

    ade2. just x popular sgt...huhu

    ReplyDelete
  5. Wish I could go around the corner to buy the book or order from Amazon. :-(

    Aaron Aziz was raving about KLGangster on his twitter and Facebook, have you seen it?

    ReplyDelete
  6. i've just ordered one from the writer's blog (http://nurullhalawati.blogspot.com/). maybe you can try too..=)

    nope, not yet. watched the trailer and it did looked awesome!! make me so wanna watch it tho i'm not really into gangster type of movie..hehe

    ReplyDelete
  7. hmm.. stanza cinta. dh pernah baca. cite die 'b for best.'

    ReplyDelete