Tulisan itu Bogel???

Kata orang, tulisan kita menggambarkan siapa kita sebenarnya. Pernah dengar ayat ni..."Tulisan itu bogel"? Ini datang dari blog Zahiril. Zahiril mana? Ala, Zahiril pelakon tu lah, yang baru bertunang dengan Syera Ayob. Yelah, yang itulah! Phrase tu dalam maksudnya. Ia bermaksud tulisan kita, penulisan kita menggambarkan diri kita yang sebenarnya. Macam membogelkan (sorry atas penggunaan perkataan ini) siapa kita sebenarnya. Perlakuan kita, perasaan kita, perangai kita...semua tu kita boleh lindungi bila bercakap, tapi TIDAK dalam tulisan kita.

Contohnya, si fulan ni bila depan orang punyalah cakap lembut je , tapi bila dia tulis apa yang dia rasa, punyalah kasar, penuh dengan foul language (habis semua binatang dalam hutan keluar), menyumpah orang, maki orang macam-macam....so, bila kita baca apa yang dia tulis tu, bukan ke kita akan fikir macam ni..."Ooooo, orang ni jenis macam ni rupanya. Cakap tak berlapik langsung. Ingatkan lembut sangat..." So, dalam kata lain apa yang dia tulis tu, dah menggambarkan siapa dia sebenarnya...

Lagi contoh2 ayat dan apa yang kita mungkin fikir pasal penulis tu:

1) Woi, perempuan!!! Ko ingat ko tu lawa sangat??? Dasar perempuan j****g!!!
(Bukan ke kita akan fikir orang yang tulis ni pun teruk?? Suka hati je panggil orang macam tu..)

2) Saya sebenarnya tak tahu sangat pasal benda tu semua. Saya bukan pandai pun.
(Orang yang tulis ni humble and maybe.....nerd???)

3) U all tau x, the other day i pergi Pavi...ala, bukan buat ape pun, shopping skit2 jer..adalar beli handbag baru, Prada. X mahal pun, 4K jer....
(Tak rase ke penulis macam ni perasan and....gedik kot!!!!)

Konklusinya, setuju tak dengan phrase "Tulisan itu Bogel"???

p/s: rasa cam cikgu BM jap, haha!!

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. betul tu. saya setuju dengan apa yang kak sara tulis di sini. apa yang kita tulis di mana-mana medium secara tidak langsung dapat menggambarkan siapakah diri kita yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. @intrigue: yup, tulisan kita tak boleh membohongi...=)

    ReplyDelete