saya tak suka bila saya tak faham....

~Lawrence Wong dengan Eskybaby yang sangat comel~

Saya baru je buka blog Lawrence Wong, dan tengok banyak entri terbarunya dalam bahasa cina. Alahai, saya tak suka!!! Sebab saya tak faham. Saya nak baca apa yang dia tulis sebab saya sangat suka dia, suka cara pemikiran dia dan saya suka Eskybaby, kucing Lawrence yang sangat comel.

Tapi macam mana saya nak baca kalau saya memang tak boleh baca bahasa cina????

Sekarang saya tibe2 je rasa mcm nak pegi belajar bahasa cina. Lepas tu boleh lar saya faham apa yang dia tulis, kan??? Atau...hmmm, agak-agak boleh tak kalau saya komen mintak dia tulis semua dalam bahasa inggeris?? Haha!!

Saya ingat lagi waktu kat U dulu, kawan-kawan Chinese saya kadang-kadang cakap cina depan saya. Masa tu saya rasa geram jugak lar. Yelar, diorng ni pun...walaupun mungkin apa yang diorang cakap tak de kena-mengena dengan saya, tapi sekurang-kurangnya cakap lah dalam bahasa yang saya boleh faham. Tak delah saya termangu-mangu kat situ macam orang tak cerdik je...

Dan yang kelakarnya, ade pulak antara diorng ni yang kadang-kadang tersasul cakap cina dengan saya. Terpaksalah saya jawab, "Isy, u ni...i mana faham bahasa cina!!"

Yelah, kalau saya jawab "Wo ai ni", haru pulak kan?? haha

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment