Bila menulis....


Dua, tiga menjak ni saya asyik nak menulis, menghasilkan karya. Semangat macam berkobar-kobar je (kononlah, kan...haha!!). Maybe sebab dari sekolah lagi saya suka menulis. Saya juga suka membaca. Nak tahu tak, saya masa kat sekolah jadik librarian. So, semua buku baru saya yang dapat dulu. Kiranya saya adalah orang pertama yang baca kebanyakan buku kat library. Best kan?? Best sangat-sangat!!!! Hehe...

Sekarang memandangkan saya dah tak jadik librarian and of course tak dapat baca buku free, nak tak nak, kenalah beli buku, kan??? And my favorite book store is...tak lain tak bukan BookXcess. Saya ada tulis entri pasal BookXcess kat sini. Tapi BookXcess is my source for English novels jelah. Kalau Malay novels, mestilah MPH kan??

Menulis bagi saya pulak...hmmm...is some kind of....passion of life. Kata orang, kita akan lebih senang berbicara melalui tulisan daripada berdepan. Yelah, tak payah nak menghadap muka orang tu, dan tak payah nak tengok ekspresi muka dia. Kadang-kadang bila kita tengok muka orang tu, apa yang keluar dari mulut kita tak sama dengan apa yang kita betul-betul nak cakap, tak gitu?

Agak-agaknya itu sebabnya orang lebih suka ber'sms'? Setuju tak kalau saya cakap, bila kita tak tahu nak cakap apa atau nak cakap macam mana dengan someone, kita akan sms je orang tu. Bila orang tu call, tak nak jawab pun tapi akan sms dia dan akan reply sms dia.

Maybe sebab tu juga, orang dulu2 suka bagi love letter. Lepas tu letak bedak bagi wangi, and bile buka surat tu, bertaburan bedak putih (bab ni memang kelakar...haha!!!). Yelah, dalam surat boleh lah tulis macam2, dengan sajak 'kaulah bintang, bulan, matahari....segala', tapi cuba cakap depan-depan? Confirm lari tak jejak tanah before sempat cakap apa-apa!

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment