Hari ini di dalam hujan


Hari ini, tepat jam 5.15 ptg, saya dan sorng kawan pergi ke Tasik Shah Alam sbb mau jogging...yelar, sejak balik rumah kat kelantan dan 'melantak' banyak sgt, rasa cm makin naik je berat ni..(walaupun bile timbang, berat mana ade naik pun..hehe)

oklah, berbalik pada citer jogging kitorng berdua...

lepas je lebih kurang 30 minit jogging tanpa henti, kitorng pun mulalah melenggang kangkung...sambil borak2, sambil mengumpat couple yang duk berpeluk sakan kat tasik (wat sakit mata kitorng je!!!), sambil menikmati angin sepoi2 bahasa (konon!!) , sambil bersenyum-senyuman dengan uncle mat salleh yg jogging sm kt situ...dan sambil cakap...

"Mendungnya, gelap betul langit kn?? Mesti nak hujan..."

"Agak-agaknya hujan takkan turun sampai kita blk office kot..."

"Sempat ni balik before hujan turun...."

Haaaa!!! Yelar tu sempat!!! Belum pun sampai kat playground, hujan pun turun dengan semahu-mahunya. Dan kitorang berdua yang memang dalam semangat membara nak jogging (sebenarnya nak balik office cepat2) pun redahlah hujan. Sambil tu boleh pulak cakap...

"Lamanya tak main hujan..."

"Best jugak ni....bolehlar practice basah untuk water rafting nanti..."

Haha!! Boleh pulak kitorang cakap macam tu. Pastu sampai office, lencun!!! Baju, tudung sume... siap boleh perah pulak tu. Tapi bila difikirkan balik, memang seronok main hujan. Macam zaman budak-budak dulu. Rasa romantik pun ada jugak. Ala, cam cerita hindustan...kan diorng suke wat adegan lari-lari, menari-nari dalam hujan...hehe

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment